Selasa, 2 April 2013

Roti Goreng Keju Inti Coklat

Selamat pagi...
 
 
Roti Goreng Keju Inti Coklat
Sumber:Sedap
 
Bahan dasar roti goring:
300g tepung gandum protein tinggi
4g yis segera/1 sudu teh
15g susu tepung/2 sudu besar
30g gula pasir/2 sudu besar
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur + 1 biji kuning telur
160ml air sejuk
50g marjerin
1 sudu teh garam
 
1 sudu besar keju parmesan
 
Bahan Pelapis:
100ml air,untuk pencelup
100g serbuk roti kasar
 
Minyak masak untuk menggoreng
 
Cara membuatnya:
1.Campur tepung gandum,yis segera,susutepung,gula pasirdan serbuk penaik.Kacau rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh licin.Masukkan
   marjerin dan garam.Uli sehingga elastic.Biarkan doh rehat selama 30 minit.
3.Kempiskan adunan.Masukkan keju parmesan.Uli rata.
4.Timbang setiap bahagian adunan seberat 20g.Bentukkan bulat.Biarkan doh rehat selama
   10 minit.
5.Leperkan adunan.Inti dan bentukkan bulat.Letakkan di Loyang yang ditaburkan tepung
   gandum.Biarkan doh rehat Selama 30 minit sehingga kembang.
6.Celupkan dalam air.Gulingkan di serbuk roti kasar.Ulangi sekali lagi.
7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.
 
Anggaran: 20 ketul
 
 
Bahan Inti:
50ml krim pekat
150g coklat masakan hitam,dipotong-potong
 
Cara membuat:
1.Panaskan krim pekat.Masukkan potongan coklat masak hitam.Kacau sehingga coklat larut.
   Bentukkan bebola.Sejukkan ke dalam peti sejuk.
 
 
Enjoi...


9 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

wah suka ni Rahel, kalau dpt merasa alangkah bahagia nya di lawan dgn nasi dagang akak heeee buat minum petang ni kan

JaSSNaNi berkata...

gulllrppp.. Telan air liur teringin...
bak mai 2 ketul boleh? nak makan tea time jap gi.. huaaaaa.. sedap nye roti goreng cheese...

INA berkata...

Salam Rahel..

sedapnya roti goreng nie..harus cuba nie..hihihii

Shiela berkata...

Assalam Rahel.. Best kalo dapat wat minum petang ni..

Tina Othman berkata...

bestnya rahel, ala2 donut ye tapi letak cheese kat dlm tu, walah dpt byngkan dgn inti coklatnya lg

Bbwana adienia berkata...

sedapnya makan roti yang coklatnya cair dimulut ni..

Chah berkata...

Kehadapan rahel yang manis n suwit....

Sila tinggalkan beberapa ketoi utk dahku..sbb esok pagi subuh2 adam ai akan terbang ke sabah bah demi bun yg moolat2 itu.sekian... ;)

Mas berkata...

wahhh...sedapnya tengokk
boleh try nnti...

mama sara nur berkata...

Sedapnys Rahel
ada coklat dlmnya tu