Sabtu, 11 Februari 2012

Kurma Ayam

Selamat berhujung minggu semua..semoga sentiasa riang dan gembira bersama orang yang tersayang.Hujung minggu ni Rahel tak ke mana-mana,duduk rumah je sambil layan laptop.Banyak gak tayangan yang menyelerakan..tapi hari ni Rahel nak tayang ''Kurma Ayam'' je,lama betul tak masak menu yang satu ni.



Kurma Ayam
Sumber:Rahel

Bahan:
450g ayam,dipotong kepada beberapa bahagian
2 1/2 sudu makan rempah kurma,bancuh dg sedikit air utk dijadikan pes
3 ulas bawang putih,dicincang*
3 biji kentang,dipotong dadu
1 biji bawang besar,dibahagi dua (1 bhgian di potong dadu kecil2,1 bhgian di
   potong dadu besar)
1 inci halia,dicincang*
1/2 sudu kecil lada putih*
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam,gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang*
1 buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis*

sedikit minyak masak

Cara:
1.Panaskan minyak masak dalam periuk,tumis bwg yg didadu kecil,bahan ber-
   tanda* hingga terbit bau.Masukkan pula rempah kurma,tumis hingga wangi.

2.Tambahkan santan cair,biarkan hingga mendidih.Masukkan ayam,biarkan
   merenih selama 10 minit.

3.Tambahkan kentang,bwg dadu besar,santan pekat,garam & gula.Biarkan men-
   didih selama 15 minit sambil dikacau skali-skala.


Selamat menikmati ''Kurma Ayam''

13 ulasan:

Mas berkata...

peberet anak2 mas ni kurma ayam..
lama dah mas tak buat..

mama sara nur berkata...

salam singgah Rahel
SIL akak selalu masak ni sb ahli rumah semua suke he he SIL tambah tomato dan karot ,makan ngan ulaman dan sambal bertambah sepingan lagi nasik tau..

saranur74 blogsport

Wani berkata...

rahel ...tayang kurma ayam ni .. ai... rasa dah lama betul tak masak kurma ayam ni hihi ...terungkit memori silam .. ;p

dZana berkata...

aslmkum rahel.. best ni kurma ayam..klau dpt makan dgn roti di petang hari..

mala berkata...

salam rahel - mala datang bawa kek marble ni. tq ya sudi singgah blog mala. I follow u :-)

rahel berkata...

kat sini emak budak dan bapak budak pun suka..hehe.

rahel berkata...

Wani..
Rahel baru je ternampak daging goreng kat dapur awak tu..betul2 menyelerakan..

rahel berkata...

Wsalam Kak Zana..
tadi pun kita org makan kurma ayam ngan roti prata..memang sedap dan serasi banget.

rahel berkata...

Wsalam Mala,mekasih sudi datang bawa kek,kita ada kurma ayam je..

oh ya,mekasih jugak krn dah follow blog kite..
dah follow gak blog awak.

Kak Sam berkata...

Suka le kat cili merah tu. cantik je. kalau saya buat mesti hancusss berderai

Diana @ Melley Mey berkata...

rahel... aduh!! terliur nya tgk kurma ayam tu... fav diana nie.. sedaaapnyaaa...

rahel berkata...

emmm sama la kita Diana,suka mkn kurma ayam..best.

rahel berkata...

thanks Kak Sam,hehehe..pelan2 buat..mesti jadi punya..