Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat tinggal tahun 2015 selamat melangkah ke tahun 2016

Resepi pembuka tirai 2016 Durian Slice Cake.Simple tapi saya suka sebab tidak cerewet cara penyediaannya.Pada yang baru berjinak2 buat kek home made,memang pilihan yang sesuai.Sakarang ni pun kalau mahu pergi ke kelas membuat kek bayarannya memang boleh tahan jugak..dan ada juga yg caj murah2...harga kasih sayang..hehehe.Ok la tu...janji timba ilmu kan.. 


Nah resepi Durian Slice kali ni saya guna kek span vanila sahaja,dan untuk lebih memudahkan kerja & jimat masa,saya guna premix @ sponge mix.Boleh tambah perisa dan pewarna ikut selera anda.So kita mulakan dengan resepi kek span vanila dulu ya....

KEK SPAN VANILA
Resepi:Kredit To Suhairi

Bahan-bahan:(loyang 8")
250gm tepung optima @ sponge mix
4 biji telur gred A
50gm susu segar
80gm butter~cairkan

Cara membuat:
1.Menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi.Pukul telur,tepung dan susu segar selama 10 minit
   atau sehinggan kembang dan pekat.
2.Tambahkan butter cair.pukul dengan kelajuan perlahan,cukup sehingga sebati dan rata sahaja
  (jika guna hand mixer sebaiknya masa tuang minyak cukup guna spatula sahaja dan kaup balik
  hingga sebati)
3.Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170c selama 35 minit.Setelah masak
   keluarkan dan sejukkan atas redai.
5.Potong kek kepada dua bahagian dan buangkan kerak2 pada tepi atas kek span.



Skarang kita kena siapkan Durian Inti.Lagi banyak isi durian lagi la sedap hingga menjilat jari.Nak kek sedap,kena berani laburkan bahan2 ke dalam kek tsb.

DURIAN INTI DAN TOPPING CAKE

Bahan-BAHAN:
300gm isi durian~diblend hingga halus guna food processor
300gm fresh cream~dipukul hingga soft peak

Caranya:
Ambil 80gm cream yg sudah dipukul tadi  campurkan dengan isi durian tadi.
Kemudian inti durian yg sudah bercampur dengan fresh cream tadi ketepikan 100gm untuk topping,kemudian simpan dalam peti sejuk.

DECOGEL (hiasan gel kuning pd tepi kek)
50gm decogel + 1/4 tsp esen durian + sedikit pewarna kuning lemon.
*Kacau rata bahan ini kemudian masukkan dalam piping bag.


Akhirnya kita sampai ke kemuncak...hehehe....cara siapkan sebiji Durian Slice Cake yang simple.

Caranya:
1.Letak satu kek atas papan kek,kemudian letak inti durian.
2.Tutup lagi dengan satu lapis kek.
3.Last sekali,lepa atas dan tepi kek dengan fresh cream.
4.Paipkan decogel kuning di tepi kek bentuk huruf n.
5.Simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam.
6.Keluarkan ,potong sesuai dengan saiz yang anda inginkan.Kemudian paipkan topping durian tadi
   (yang 100gm tu) guna nozel start atau ikut selera memasing.



Gambar di bawah ini adalah gambar dari facebook Rahel.Kalau tengok komen "nak resepi" setakat ni ada  132 dan like 537..wah...banyak tu...hehehe..



Enjoi

Tiada ulasan: