Sabtu, 16 Ogos 2014

Moist Chocolate Cake

Salam ceria selalu....


Moist Chocolate Cake
Resepi asal:Alex Goh

Loyang 9"

Bahan A:
250gm butter berkualiti
320g gula kastor
1/4 tsp coffee paste

Bahan B:
4 biji telur gred A

Bahan C:(diayak)
320gm tepung gandum
50g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D:
240gm susu cair/fresh milk

Cara membuat:
1.Pukul bahan (A) dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2.Tambahkan bahan (B) dan pukul hingga lembut
.
3.Tambahkan bahan (C) dan (D) secara selang-seli dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dengan butter dan dialas dg baking paper.

5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Petua malam Juma'at dari Tuan Rumah @ Rahel Blogspot:

*Sebaiknya adunan dibahagi kepada dua bahagian dan gunakan dua buah loyang 9'' untuk
  membakar adunan agar ianya cepat masak dan tidak merekah.

*Jika menggunakan satu loyang 9'' sahaja,adunan akan lambat masak dan kemungkinan kek
  sedikit merekah.

*Sebaik saja adunan dituang ke dalam loyang,pastikan adunan diratakan agar kek naik dengan elok.

*Anda boleh gantikan tepung gandum dengan tepung superfine atau pun tepung kek.

*Gula kastor juga boleh digantikan dengan gula perang.

*Tambahkan 1 sudu besar chocolate emulco ke dalam bahan (A)untuk rasa kek yang sedap dan
  harum semerbak.


Chocolate Ganache/Filling
Resepi asal:Wendy Kor

Bahan:
500gm Dark Chocolate Compound-dicincang
500gm UHT Whipping Cream
50g Golden Syrup
50g Unsalted Butter

Cara:
1.Letak Coklat dalam mangkuk.Ketepikan.
2.Panaskan whipping cream,golden syrup,unsalted butter di atas api kecil sehingga naik wap.
3.Tuangkan ke dalam serpihan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat melarut.
4.Sebelum diguna simpan ganache selama satu malam agar ia pekat.

PENYELESAIAN
1.Kek coklat di bahagi kepada 4 bahagian.
2.Letak sekeping kek atas papan kek.Lepa dengan chocolate ganache.
3.Tompok sekeping kek di atas ganache tadi,kemudian lepa lagi dengan coklat ganache.
   Buat macam ni sampai 4x.
4.Ratakan chocolate ganache keseluruh permukaan dan bahagian tepi kek.Kemaskan.
5.Jika ada sisa coklat ganache tadi,panaskan semula dan tuang di atas permukaan kek.
6.Hiaslah kek sesuai dengan kreativiti masing2.

*Tak dapat tengok bahagian dalaman kek ni sebab sudah bertuan..hehehe...tengok dari luar sahaja.


Selamat mencuba.

6 ulasan:

Unknown berkata...

wah sedappp ni rahel

Unknown berkata...

Perghhh...tgk pun dah terliur kak rahel...blum rada lg..

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

Sdpnya...

Sweet red cherry berkata...

cantik betul kek coklat tu..rasa mau tolong potong pula..haha, bleh ka tu?^_^

Mas Sani berkata...

Waduh rahel... ini benar2 goda tekak ku. Cuba hulur sikit. Sikit je... boleh kan.. hihihi.

fazianbatrisyia berkata...

Sedapnya. cantik pulak tu....