Selasa, 25 Februari 2014

Biskut Cip Coklat Badam

Selamat malam kepada semua yang singgah malam ini.Pagi tadi Rahel menyempatkan diri buat sedikit biskut untuk pelengkap sarapan pagi.Rahel memilih utk buat biskut cip coklat sebab ia sesuai utk sarapan dan juga minum petang.Kali ni ikut resepi dari Saji pulak,memang sedap banget..habis satu mesti nak lagi..ianya begitu rapuh dan cair dalam mulut...suka sangat-sangat.Terima kasih tak terhingga kepada Puan Zuraini selaku penyumbang resepi.Semoga makin maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.Kepada penggemar biskut cip coklat di luar sana,memang patut cuba resepi ni...sedap tau..


BISKUT CIP COKLAT BADAM
Sumber:Saji

Bahan-bahan:
180g mentega
30g shortening
1 kuning telur
30g gula perang
50g gula kastor
180g tepung red rose
30g tepung ubi
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil coklat emulco
100g coklat cip
60g badam cincang~bakar dulu 150'C selama 7-10 minit

Cara menyediakan:
1.Satukan tepung red rose,tepung ubi dan soda bikarbonat.
2.Putar shortening,mentega,gula dan telur hingga sebati.
3.Masukkan coklat emulco.Diikuti dengan badam cincang dan coklat cip.
   Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
4.Bentukkan biskut ada mengikut citaras dan susun dalam dulang pembakar.
   Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 170'C.


Enjoi.

4 ulasan:

Sue Bee berkata...

dtg jenguk biskut Rahel di awal pagi ni..

Bbwana adienia berkata...

Hai..salam sayang rahel..

bestnya pagi2 tengok biskut ko ni..sedapnya makan biskut tu kan..cair dimulut..em, nyum2..terliur aku geng tengok..huhu...^_^

Bicara Kak Noor berkata...

sedap Rahel teringin lah pulak akak nak buat ni tunggu masa mengizinkn dulu heee

Yana Shaiful berkata...

anak2 yana suka sgt kukis cani.. ibu dia lg suka ^_^