Ahad, 11 Disember 2011

Pau Inti Kelapa

Selamat petang kepada semua yang singgah ke dapur Rahel pada petang ini.Apa khabar semuanya? dah siap minum petang? k masih sebok menyiapkan hidangan petang? Ok la,petang ni lepak skejap dalam blog sambil tanya-tanya khabar korang semua dan tak lupa jugak untuk menambah koleksi percubaan membuat pau menggunakan resepi Chef Norzailina.Dah lama sebenarnya plan nak buat pau yang satu ni sebab Rahel tengok pau yang dibuat oleh Chef Norzailina memang nampak gebu dan mulus jer..bahan-bahannya pun beza dengan resepi pau yang pernah Rahel tengok sebelumnya.Tapi pau yang Rahel buat ni memang keriput sikit permukaannya sebab tepung pau tu dah lama Rahel simpan kat peti sejuk..so inilah jadinya..tapi tetap lembut dan gebu gak..dah abis pun kami bedal tadi..hihihi..




Ok lah..tengok jugak pau yang tergulung kat bawah ni..saja Rahel try buat yang versi gulung pulak..memang boleh tahan la rasanya..dan intinya pulak Rahel letal coklat nutella je..dan biasa la..kalau cakap pasal nutella..yang memang cepat laku punya...ehehehe..



Nah..sebelum tuan tanah pegi jalan-jalan lawat dapur korang..tuan tanah akan letak jugak resepinya kat sini..tapi ikut resepi Chef Norzailina la kan..jom layan ''Pau Inti Kelapa''..

Chef Norzailina Nordin
























Pau Inti Kelapa
(Pau Kacang)
Resepi:Chef Norzailina

Bahan:
270g tepung pau
5g baking powder
2.5g pemantap roti
8g lemak sayuran
1/4 sudu teh ovalette
2g yis segera
25g gula kaster
130-135g air

Cara:
1.Ayak tepung dengan baking powder dan pemantap roti.
2.Gaul dengan lemak sayuran dan ovalette.
3.Masukkan yis dan gula,kacau rata-rata.
4.Tuangkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh.
5.Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan uli lagi selama 10 minit.
6.Bila doh menjadi kenyal,tutup doh dengan plastik.
7.Biar doh mengembang dua kali ganda.Uli menjadi saiz asal semula.
8.Bahagikan,bubuh inti.Letak atas kertas kalis minyak yang dah dipotong
   empatsegi.
9.Tutup dan biarkan kembang lagi.Kukus selama 15 minit atau hingga masak.

Pesan:
*Rahel letak sedikit pewarna hijau dalam air utk doh warna hijau.
*Rahel guna inti kelapa gula merah.
*Rahel perap doh selama 40 minit dan selepas diberi inti Rahel perap lagi doh
  selama 20 minit baru kukus selama 10 minit dengan api kuat.
*Untuk resepi bahan-bahan inti kacang silahkan lihat di dapur Chef Norzailina.



Selamat menjamu selera...

15 ulasan:

Acik Erna berkata...

Rahel..belum pernah buat buat pau versi gulung ni..
pau rahel berwarna..acik tak berani nak warna warnikan pau takut tepung nya tak naik..

mama sara nur berkata...

wah pau kaler hijau.....cantik
akak suke pau berinti kelapa ni sedapppp kan..

liza berkata...

salam rahel...yg versi gulung tu kena kukus jugak ke?liza xpernah buat tp mmg nmpak menarik...ingat nak cuba buat jugak...

Asyifa Mustaffa berkata...

camne buat yg gulung tu sis? cuba bgi stepnya boleh...??

rahel berkata...

Acik Erna..ok jer klu letak pewarna..janji uli doh tu hingga kalis...mesti naik gebu jee..cuba la..


Thanks Mama Sara Nur..Rahel suka pau inti kelapa n gula merah..sedap..


wsalam Liza...iyo..kena kukus jer dalam 10 minit gitu...


Asyifa..lepas doh kembang 2x ganda,uli sekejap pastu canai nipis doh tu..agak2 tebal 1 cm la gitu..klu bole canai bentuk segiempat..dan letak dalam dulang segiempat,kemudian kukus 10 minit.setelah pau masak,angkat dan sapu dg nutella atau apa2 je inti kegemaran..pastu gulung pau dan potong la..siap.(maaf,tak dapat nak tunjuk gambar step by step).

Amie berkata...

Assalam Rahel,
cantik pau inti kelapa tu... Kak Amie kena belajar buat jugak laaa... sebab asyik beli pau segera, hari tu belajar dengan kawan, tapi nak buat takut tak jadi.

ROHAH berkata...

Salam Rahel,first time saya tgk pau gulung ni.Elok aje dipandang mata.

rahel berkata...

wsalam Kak Amie..
da cuba baru tau..betapa senang dan sedap air tangan sendiri..


Wsalam Rohah..
hehe..yang bab gulung2 pau tu memang pertama kali gak Rahel buat..terpulang pada keadaan..

CT Delima berkata...

As'salam rahel

Dah balik dari berdating ya..hehehe. Cantknya pau tu Rahel, hijau sekejap mata hitam ku..hehehe. k.ct ni lama juga tak buat sebab takut tak menjadi. Parnah dulu2 buat tak tahu mana silapnya pau tu tak naik terus malas dah nak buat. rasanya salah baca resipi atau memang tepung tu dah lama agaknya.macam alasan kan..hahaha

Nanti nak cuba juga resipi dari chef norz ni lah, tr kasih Rahel :)

EmbunRosaliza berkata...

Assalam rahel., menarik pau gulung tu, byk idea rahel ni

Sally Rashid berkata...

tak tahan tengok kaler pau tu..

ady berkata...

as-salam rahel
warna yg cantik hijau tu..menarik pau gulung tu rahel..mesti sedap ada coklat nutella kan rahel..?

JaSSNaNi berkata...

wahhhhhhh.. cantek nye pau... nak wat gak lah.. tapi tak tau bila.. hihih..; nak simpan siap2 resepi ni ye rahel.. mintak kebenaran dulu.. tapi bagi ke tak, tetap nak ambik gak.. hehehe..

isyyyy jeles nya tengok skali lagi lah..

Wani berkata...

jalan-jalan malam jap .. bila tengok pau hijau ni mata dah cerah balik hihi... sedapnya pau mintak sebijik kalau ada lagi ... ;p

rahel berkata...

Wsalam Kak CT...hehehe..kejap jer keluar bdating..pastu balek bikin pau pulak...
jangan takut buat pau kak,senang jer ni..lagi2 ikut resepi Chef Nozailina...lagila mantap..


Wsalam EmbunRosaliza..skali skala mencuba yg versi gulong...menarik juga..


Sally Rashid...ehehe..


Wsalam Ady..dah abis coklat nutella disapu pd pau..hihi..


Thanks Jassnani..ambik je resepinya..buat bila ada senang..pasti sodap..


Wani...nape lambat lagi? pau dah abis la..