Selasa, 7 Jun 2011

Nasi Oren Kunyit



Salam sejahtera kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel nak share lagi satu resepi yang mudah dan sangat senang disediakan..bagi yang gemar makan nasi minyak dan yg sewaktu dengannya..bolehlah mencuba resepi yang sangat simple ni.Nasi oren kunyit ni ngam dihidang bersama aneka lauk2 kesukaan memasing..jadi jom kita layan dulu resepi nasi ni..


Nasi Oren Kunyit
Resepi:Rahel

Bahan:
250g beras basmati,cuci bersih,rendam 10 minit-toskan
1 buah oren,diparut kulitnya & diambil jusnya
2 3/4 cawan air sup ayam yg panas
2 biji bawang merah,dimayang
1 cm halia,dimayang
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 buah pelaga*
1 batang kulit kayu manis*
1 lembar daun salam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi/marjerin

Cara:
1.Panaskan minyak sapi dalam kuali,tumis bahan bertanda & daun salam
hingga wangi.Tambahkan halia,dan bawang merah,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan beras basmati,kacau sebentar selama 1 minit.Kemudian alihkan
ke dalam rice cooker.Tuangkan sup ayam,kulit oren,jus oren serbuk pati
ayam & garam.Biarkan mendidih.

3.Kacau lagi sebentar & biarkan nasi masak sepenuhnya.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata...

Tiada ulasan: