Khamis, 9 Jun 2011

Ayam Masak Kicap

Selamat pagi kepada semua.Mmm..hari ni nda' tau mo masak apa lagi untuk makan tengah hari,memang kekadang tu kan agak bengong jugak di dapur...asyik pilih2 jak apa yang hendak dimasak.Teringat pulak yang satu ni..memang menu kesukaan jugak ni,walaupun simple jak tapi memang sedap jugak kuahnya yang pekat-pekat tu di renjiskan ke dalam nasi putih...duh!

Ayam Masak Kicap
Sumber:Rahel


Bahan:
600g ayam,bersihkan dan potong
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 lembar daun salam
1 inci halia,hiris halus
1 cili merah,hiris
5 ulas bawang putih,diketuk bersama kulitnya
1/2 sk lada putih
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos soya cair
3 sdm sos soya pekat
1 sdm sos cili
1/2 st garam
1sdm gula pasir
2 cawan air
*1 1/2 sdk tepung jagung bancuh dg sedikit air

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam periuk/kuali.
2.Masak selama 25 minit.Tambahkan bancuhan tepung jagung.Kacau rata.Biarkan masak
   seketika.Angkat.

*Ayam masak kicap ni tak ditumis.

Selamat menikmati Ayam Masak Kicap.

Tiada ulasan: