Isnin, 9 Mei 2011

Apam Bakar

Selamat  petang dan  selamat bertemu  kembali di sini.Petang ni rasa  malas jak menghuni  seluruh badan,tapi kalau  soal mkn  jangan  ditanya...tetap semangat punya..dan inilah jadinya klu kemalasan melanda diri,apam yang dikukus sudah terbakar dalam oven...tapi tak hangit la...he..he..he...







Hmm tercipta lagi satu resepi apam bakar disebabkan kerana terkena wabak ''M'' untuk mengukus apam...tapi hasilnya tetap lembut dan gebu walaupun disimpan dalam masa 3-4 hari.Kepada sesiapa yg tak de  periuk utk kukus pun boleh guna cara ni.



Apam Bakar
Resepi:Rahel

Bahan:
350g tepung gandum
180g gula kastor
3 biji telur L
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar ovallet
170ml susu cair
1/2 st teh esen vanilla
sedikit pewarna (pilihan)

Cara:
1.Panaskan oven 160'C.Siapkan acuan muffin dan alas dg kertas
   cawan.
2.Pukul telur,susu cair,gula,ovallet,esen vanilla selama 10 minit,kemu
   dian masukkan tepung dan teruskan memukul selama 1-2 minit.
   Ambil sedikit adunan dan beri pewarna.
3.Sudukan ke dlm acuan 3/4 penuh dan beri sedikit adunan ber-
   warna.Bakar dlm oven selama 20 minit.

  

Selamat mencuba...

12 ulasan:

Kasih Ibu berkata...

wah!!!dah lma mencari apam yg dibakar,coz kt rumh xde kukusan. Tq share resepi ye...

rahel berkata...

Kasih,dah jumpa resepi apam bakar ye...so try la,ni lebih senang kejenye...jangan lupa khabarkan hasilnya nanti ye,hehehe...

Noor Hafirdaus berkata...

sedapnya...nak try buatla

Rahel berkata...

Noor Hafirdaus,apam bakar memang sedap pekena dg hot tea/hot coffee...silahkan menerai ye...terimakasih kerna sudi tinggalkan jejak.

Melly Octaviana berkata...

Apam nya cantik,thanks for share the recipe, lain kali saya nak coba buat juga.. ;)

rahel berkata...

thanks Melly Octaviana...kerana sudi jenguk dapur Rahel...silahkan dicuba apam bakarnya...

Tanpa Nama berkata...

nampak mcam sedap aje nie boleh try,anak2 mesti suka....

nahijah hamdan berkata...

nie mesti cuba...leh bagi suami @ anak2 rasa..

rahel berkata...

mesti suka...

rahel berkata...

Nahijah,cuba jangan tak cuba...dah cuba mesti suka..

siti anna berkata...

rahel,telu saiz L ? camner tu..nk try wat tp kompius saiz telur..he3...

rahel berkata...

Siti
kalau beli telur tengok kat kotak dia..selalu ada tulis ''L'' atau gred A..