Rabu, 6 April 2011

Kek Span Strawberi

Salam manis kepada semua..apa khabarnya hari ini? harap semua sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi Kek Span yang mudah disediakan dan bahan-bahannya pun senang jew..so jom layan dulu Kek Span Strawberry ni...



Kek Span Strawberi


Bahan:
120g tepung superfine
90g gula pasir-kisar halus
55ml minyak jagung
30ml santan/air
3 biji telur L
1/2 sb ovallet
1/2 st baking powder
1 st emulco strawberi




Cara:
1.Panaskan oven 160'c,griskan acuan dg mentega,tabur sedikit tepung di
   tepi acuan.
2.Satukan gula,tepung,ovallet,telur,baking powder,santan dlm mangkuk.Pukul
   sehingga pekat dan gebu selama 8-10 minit.Perlahankan mixer,masukkan
   emulco strawberi,pukul rata sebentar.Masukkan minyak,gaul rata.
4.Tuang ke dlm acuan.Bakar selama 45 minit.Setelah kek masak,keluarkan dr
   oven dan telangkupkan selama 5 minit,kemudian terbalikkan semula kek &
   biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang.Hias sesuai dengan kegemaran.

Pesan:jika ingin warna kek terang,boleh beri sedikit pewarna merah jambu.
      


Selamat menjamu mata..daaa..

Tiada ulasan: