Rabu, 6 April 2011

Kek Keju Strawberi

Salam manis dan selamat bersiaran kembali..apa khabar kepada semua yang setia menjenguk dapur Rahel? Diharap semuanya sentiasa sihat dan ceria.Kali ni Rahel tayang kek keju strawberi  yang dingin pulak..enak dinikmati ketika cuaca yang sekejap panas sekejap hujan..dan memang tak menentu.Ni saja try buat versi Rahel pulak..tapi memang sedap la..dijamin puas hati makan...




 Strawberry Cheese Cake
Sumber Resepi:Rahel

Dasar kek:
80g biskut marie-dihancurkan
50g mentega-dicairkan

Cara:
1.Satukan biskut marie yg sudah dihancurkan tadi dengan mentega cair,gaul rata.
2.Kemudian mampatkan ke dasar loyang spring form 7''.
3.Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan Inti Keju:
250g cream cheese
50g gula kastor
150g non-dairy whipping cream-diputar hingga kembang & gebu
5 buah strawberi-dipotong dadu
1/2 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
1/2 sudu teh strawberry paste

Cara:
1.Rendam gelatin bersama 2 sudu besar air selama 7-10 minit.Kemudian double boil
   hingga larut.Ketepikan.
2.Putar cream cheese dan gula kastor hingga berkrim.Tambahkan strawberry paste & putar
   hingga rata.Masukkan pula gelatin dan putar hingga benar-benar rata.
3.Masukkan whipping cream yang sudah diputar tadi ke dalam adunan cream cheese dan
   gaul rata.
4.Tambahkan potongan strawberry,kaup balik hingga tercampur rata.
5.Tuang ke dalam loyang spring form 7''.Hias di atasnya dengan fresh cream & hirisan buah
   strawberry.Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dihidang.

Selamat menikmati Strawberry Cheese Cake.

4 ulasan:

zila norazila berkata...

salam rahel..mmg nampak sedap la..mesti sejukkk jew sampai kt tekak :)..kemas jew

Bicara Kak Noor berkata...

cantiknya dan tak dpt disangkal lagi confem sedap bangat ni kan Rahel jeles lah kalau dekat nak tempah ni dari Rahel utk anak akak esuk heee

rahel berkata...

Wsalam ZIla....Hehe..memang sedap ni...nyaman bah...

rahel berkata...

Terima kasih KAk Noor..
Hehehe...iya kan...kalo dekat bole jugak tolong2 buatkan ...