Isnin, 19 September 2022

Kek Coklat Moist

Hari ini santai-santai saja di rumah sambil buat kek coklat moist untuk diri sendiri.Selalu buat untuk tempahan saja.Resepi kali ini kira baru la sebab baru dijumpa di tempat jiran.Biasa kalau nampak resepi kek lalu di wall memang pantang kalau tidak dikutip.Jika ada waktu pasti akan dicuba satu persatu.

Sejak saya jadi tukang buat kek di Tawau,kek yang paling banyak permintaan mestilah kek coklat.Resepi kek muncul silih berganti tetapi kek coklat jugalah yang paling menang.Orang dewasa dan kanak-kanak semua minat ke kek coklat apatah lagi kalau ada topping coklat yang menggiurkan,memang susah mahu ditolak.

Resepi kek coklat ini kali mudah sahaja,cuma kacau-kacau dalam basin kemudian tuang masuk loyang dan bakar.Kalau tiada oven pun adunan boleh dikukus juga.Untuk topping coklat pula memang simple saja  itupun sangat mudah resepinya.Rasanya kek ni tak perlu simpan dalam peti sejuk pun ok juga.Kalau suka kek yang dingin bolehlah simpan dalam peti sejuk.Jadi apa kata anda cuba dulu resepinya.



KEK COKLAT MOIST


Bahan A:

2 biji telur L

1 sudu teh esen vanilak

1 sudu besar (15g) cuka

45g minyak jagung

120g Fresh Milk

165g gula kastor


Bahan B:

145g tepung gandum

35g serbuk koko

3g garam halus

1 sudu teh (3g) Baking powder

1 sudu teh (4g) Soda Bikarbonat


Bahan C:(Topping Coklat)

100g gula kastor

45g serbuk koko

1/2 sudu teh garam

2 sudu besar (17g) tepung jagung

250ml Fresh Milk

1 sudu teh esen vanila

15g unsalted butter


Caranya:


1.Campurkan semua bahan A dalam satu basin.Kacau rata.

2.Ayakkan bahan B ke dalam bancuhan bahan A tadi.Kacau rata.

3 Tuang adunan ke dalam loyang 7" yang sudah digris dengan minyak dan dilapik kertas pembakar.

4.Bakar adunan dalam oven pada suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga kek masak.

5.Setelah kek masak,biarkan sebentar dalam loyang kemudian terlangkupkan kek ke atas redai.Biarkan kek sejuk.Setelah kek sejuk,potong kek kepada 3 bahagian.

6.Untuk topping/inti coklat:Satukan bahan C dalam periuk kecuali butter.Masak dengan api sedang sehingga licin dan pekat.Tutup api kemudian masukkan butter.Kacau lagi hingga rata.

7.Ambil kek yang telah dipotong tadi,letak inti coklat di setiap lapisan kek.Bahagian atas dan tepi jangan lupa letak coklat juga.Siap untuk hidang.





 Selamat mencuba.

Tiada ulasan: