Isnin, 26 September 2022

Flat Bread Super Gebu

Teringat flat bread berkeju yang  di restoran pizza hut,suka pula makan sebab ada pencicah macam saus spagetti bolognese.Harga pun boleh tahan juga.Flat bread yang saya buat hari ini boleh juga dipelbgaikan,boleh dijadikan pizza tinggal buatkan topping sahaja,boleh juga dijadikan roti cheese,roti bawang,tapi hari ini saya buat yang biasa sahaja dan hidang dengan kari ayam.Teh tarik yang secawan tu saya bancuh teh tarik 3-1 sahaja,Memang padu.


kelebihan resepi roti kali ni doh boleh dibuat banyak,kemudian masak.Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk,bila anda teringin nak makan,keluarkan dari peti sejuk dan panaskan sebentar,setelah itu bolehlah hidang roti.Texture roti ini lembut dan gebu.So selamat mencuba.


KARI AYAM


Bahan-bahan:

500g paha ayam,dipotong sesuai selera

3 sudu makan mumbung rempah kari daging

2 biji kentang,dibelah empat

100ml santan kotak (santan pekat)

4 cawan air

Garam,gula dan serbuk pati ayam


Bahan tumis:(ditumbuk halus)

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah keras


Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 tangkai daun kari


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumbuk,tumis hingga wangi.Masukkan rempah tumis,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan rempah kari dan potongan ayam,kacau sebentar.Tuangkan air.Masak sehingga mendidih.Setelah ayam ayam hampir empuk masukkan potongan kentang dan teruskan masak sehingga kentang empuk.Masukkan santan dan perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Siap.





FLAT BREAD SUPER GEBU

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
2 sudu teh yist
250ml air
1/2 sudu teh garam
 50g minyak masak



CARA MEMBUAT:

1.Air,gula dan yis di masukkan dalam cawan.Perap selama 10-15 minit.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung.Kacau rata,kemudian tuangkan minyak dan uli sehingga sebati dan jadi doh.(uli 1-2 minit sahaja) Rehatkan doh selama 1 jam sehingga naik 2x ganda.


3.Setelah doh mengembang,tekan-tekan doh untuk keluarkan udara.Bahagikan doh kepada 12 bahagian atau timbang doh 70g,bulatkan doh.Rehatkan lagi doh selama 30 minit supaya mengembang.Setelah doh mengembang,canai doh hingga leper ke saiz 6 inci.



4.Siapkan pan,sapu dengan minyak.Panaskan pan,letak satu keping doh dalam pan,masak sehingga keperangan,sapu permukaan doh dengan minyak kemudian kalihkan dan teruskan memasak sehingga keperangan.Setelah masak sepenuhnya,sapu lagi permukaan roti dengan minyak.


5.Setelah semua doh selesai dimasak.Bolehlah hidang dengan teh tarik dan kuah kari.




Tiada ulasan: