Khamis, 14 November 2019

BISKUT TAMBUN

Selamat pagi semua😊 Hari ni daku mahu share lagi biskut yang kita suka makan tapi tak reti2 buat😁kita selalu ja membeli di luar sana.Saya suka makan kuih ni sebab pastrinya rapuh.Tak suka letak banyak inti😊biasa saya buang ja inti kacang hitam tu kalau terlampau banyak.Terasa manis gitu.

Macam yang korang tahu yang kuih ni memang dibuat dan jual oleh orang cina,jadi confirm ada yang rasa was2 kan? So kalau rajin,korang sendiri pun boleh buat bah.Bahan2nya pun senang dapat.Intinya tuh korang pi beli ja di bake with yen sana ada banyak pilihan.Sedap pulak biskut tambun ni.Tahan lama oh.




BISKUT TAMBUN (TAUSA PIANG)
Sumber:Iluminasi

Bahan A:(Doh Air)
250g tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
  75g lemak sayur (pastikan lembut)
125ml air sejuk (ikut kesesuaian)

Bahab B:(Doh minyak)
185g tepung gandum (diayak)
120g lemak sayur
1 sudu teh garam


Inti:
Guna ready made inti kacang merah

Egg wash:
Kuning telur

Cara-cara membuat:

Penyediaan doh pastry rapuh

A.Doh air

Campur semua bahan dan uli untuk membentuk doh.Bahagikan kepada doh kecil 40g.

B.Doh minyak

Campur tepung dengan lemak sayur,uli sehingga sebati.Bahagikan kepada doh kecil 20g.

Penyediaan produk siew pau (tausa)

Canai doh kecil iaitu doh air (A),kemudian letakkan doh kecil iaitu doh minyak (B) atas doh A yang dicanai (dileper)

Bulatkannya.

Canai lagi bentuk bujur dan gulung seperti swiss roll (seperti kek gulung)

Canai rata lagi,gulung dan canai (4-5 kali)

Akhir sekali,gulung dan potong dua silinder doh tersebut.

Canai rata setiap doh.

Isi dengan inti yang telah disediakan.

Tutup dan bentukkan pastry.

Berus pastry dengan kuning telur dan bakar atas dulang bergris.

Jangan lupa cucuk atas permukaan pastry tersebut menggunakan garpu supaya cepat masak.

Gris dulang dengan lemak sayur.

Suhu membakar 200°C selama 20-30 minit.


Pesanku:
Saya guna inti kacang hijau ready made beli di bake with yen.Inti 10g
Selepas berus dengan kuning telur anda boleh tabur sedikit bijan di atas pastry.


Tiada ulasan: