Ahad, 15 Mac 2015

Kuih Dangai

Salam ceria selalu...
Time mahu tidur tiba2 ada perasaan lapar sangat jadi keluar pi dapur cari apa yang patut untuk alas perut,teringat pula akan kuih dangai yang kita buat pagi tadi untuk sarapan...selagi ingat saya akan share resepinya,takut jika dibiar akan terlupa pula.Kuih dangai ni salah satu kuih yang paling saya suka...kalau dikasi garing sikit lagi la harum semerbak.Kali ni saya buat tidak garing sebab mahu siapkan cepat2 dan di tengahnya saya letak hirisan gula melaka...sedapnya...



KUIH DANGAI
Sumber resepi:Buku Resepi Kuih Melayu

Bahan-bahan:
120g tepung pulut
240g kelapa parut
50g gula (utk inti)
Secubit garam
Sedikit air

Cara membuat:
Gaulkan tepung pulut bersama kelapa parut,air dan garam.Gaulkan sebati.
Panaskan acuan dangai dan sapu sedikit minyak.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan letakkan gula di bahagian tengah kuih.
Bakar hingga kuih kekuningan.


Enjoiii

5 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

terima kasih kongsikan resepi dagai, baru nak berkira-kira mencari resepi...saya pun suka makan, makanan tradisi nenek moyang dulu.

rahel berkata...

Sama2 Nasa Mulia...memang sedap ni gandingan tepung pulut dan kelapa parut....harum semerbak jew...

Zaila HZ berkata...

Saya biasa makan yg inti gula je, tak penah lagi tgok dangai inti gula melaka.. mesti lagi sedap ni :) thanks sharing :D

siti kamarudin berkata...

Pertama kali sy merasa kuih dangai ketika blk rmh mak mertua di JB.Terus jatuh cinta bertapa sedapnye bila gula melaka + kelapanya cair didlm mulut. :) .Jemput le jengah ke blog tudung sy yg x seberapa,saya budak br belajar memblog. Sitihijabs.blogspot.com

Rohah berkata...

akk pun suka kuih ni...mkn berulang2 klu ada..