Ahad, 24 Julai 2011

Roti Pandan

Bertemu lagi kita di sini...hari ni dapat juga siapkan roti pandan ni,sebenarnya sudah berapa hari ni tercari-cari resepi roti yg berperisa pandan,memang la ada ramai yang punya resepi macam ni tapi saya mo cari yang betul2 simple dan sedap,kadang tengok dlm gambar gebu sangat tapi sebenarnya rotinya kejung bila sudah sejuk,yang ni memang sentiasa gebu dan lembut walaupun sudah sejuk.Resepi ni saya ambik dari ruang masak2 orang Indonesia di NCC nampak resepinya memang hebat2 semua.Bercerita mengenai roti pandan ni memang sangat lembut,gebu & sedap.Mula2 uli tepung tu memang nampak hodoh betul..time tu saya pun ada rasa ragu2 juga,tapi saya teruskan juga buat sampai la jadi roti pandan yg wangi dan sedap ni,dalam resepi asal menggunakan inti kacang hijau,tapi memandangkan saya malas mo masak2 lagi inti kacang hijau tu,jadi saya gantikan dengan inti kelapa +gula melaka sahaja,tetap sedap rasanya dan sangat berpuas hati dengan hasilnya,jadi klu ada sahabat2 saya yang mo try buat roti pandan,bolehlah tengok2 resepinya ya...



Roti Pandan
Sumber:Natural Cooking Club,Indonesia


Bahan A:
500g tepung gandum protin tinggi
100g gula pasir
11g yis (1 paket)
1/2 st bread improver
4  kuning telur
200ml air sejuk dr pt sejuk
1 sdm pasta pandan

Bahan B:
100g mentega/marjerin
5g garam

Bahan Inti:
filling kacang hijau siap pakai (saya guna inti kelapa + gula melaka)

Cara:
1.Satukan air sejuk dg pasta pandan.Kacau rata.Ketepikan.
2.Kacau rata bahan A,uli hingga menggumpal-gumpal,masukkan bahan
   B & uli terus sehingga elastik.Rehatkan doh selama 20 minit (tutup doh).
3.Kempiskan adunan.Potong dan timbang 50g setiap satu.Bulatkan.
   Rehatkan doh selama 10 minit.
4.Ambil satu doh bulat,beri inti.Bulatkan kembali lalu letakkan dlm acuan
   muffin.Buat hingga semua doh habis di intikan.
5.Diamkan selama 30-60 minit,tergantung keadaan cuaca.Setelah terlihat me-
   ngembang ringan,oles atasnya dg kuning telur.Bakar selama 20 minit pada
   suhu 180'c atau sehingga terlihat keemasan .Angkat dan oles permukaan roti
   dengan butter (saya tdk oles dg butter).

Bahan utk oles:
1 kuning telur
1 sdm susu cair
1 st minyak
*kacau rata bahan ini sehingga halus*

Enjoi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello Rahel,

Terima kasih diatas resepi ini . Semalam saya cuba buat, mmg betul lembut walaupun dah sejuk. Suka sgt.

Rashidah

rahel berkata...

Hai Rashidah,makasih kerna sudi singgah di sini...semoga berpuas hati dg resepi roti pandan ni ye...selamat menjamu selera..