Selasa, 21 Jun 2011

Banana chiffon Cake

Selamat pagi kepada sahabat yang berkunjung ke sini pagi ini.Untuk pagi ni saya siapkan satu lagi chiffon cake buat sarapan.Dalam gambar ni kek tak nampak tinggi bab saya buat 1/2 adunan je,maklumlah di rumah tak ramai orang nak tolong habiskan jadi buat yang sedang je.Hmmm kek ni tersangatlah lembut dan gebu...makan pun laju je...hehehe...seeedap..



Banana Chiffon Cake
Sumber:Bake with Kevin Chai

Adunan Kuning telur

6 biji kuning telur
1/4 tsp garam
60ml minyak masak
170g pisang yang telah dilecek halus
1/2 tsp esen pisang
50g gula kastor
sedikit pewarna kuning
110g tepung gandum
1/4 tsp soda bikarbonat

Adunan putih telur:

6 biji putih telur
1/2 tsp cream of tartar
100g gula kastor

1.Cara untuk membuat adunan kuning telur
   Satukan kuning telur,garam,minyak masak,pisang,esen pisang,gula kastor dan pewarna.
   Gaul sebati.
   Tambahkan tepung gandum dan sda bikarbonat yang telah diayak.Kacau hingga sebati.

2.Cara untuk membuat adunan putih telur,pukul putih telur dan cream of tartar sehingga
   berbuih.Tambahkan gula sedikit2 dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan
   pekat (stiff peaks form).

3.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara bertahap (3x).Kaup
   balikkan hingga rata.(jangan terlebih kacau)

4.Tuang adunan ke dalam loyang chiffon cake 9''.Bakar pada suhu 170'C selama 40 minit
   atau sehingga kek masak.

5.Setelah kek masak,keluarkan dari oven,terbalikkan di atas meja sehingga kek sejuk,
   kemudian lorekkan tepi kek dengan pisau.Tanggalkan dari loyang.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan: