Sabtu, 21 Mei 2011

Nasi Goreng

Selamat bertemu kembali..harap kawan-kawan semua sihat & ceria sentiasa.Tetiba jak hari ni Rahel kepingin makan nasi goreng..kebetulan ada stok nasi semalam yah sesuai sangat la dijadikan nasi  goreng walaupun hanya simple saja dan tak lupa gak dengan potongan cili padi..memang mantap la rasa dia..
Oh ya,walaupun resepinya sangan mudah dan simple..Rahel nak share jugak kat sini sebagai rujukan kalau lagi bengong nak masak ape..jom tinjau-tinjau resepi..

Nasi Goreng
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi
1/2 cawan ayam kisar
1/2 cawan sayur campuran
1 biji telur
7 biji cili padi,cincang
1 sk serbuk lada putih
1 kuntum bunga lawang
1 lembar daun salam
2 sudu makan sos tiram
1 sk serbuk pati ayam
5 biji bawang merah,dimayang halus
3 ulas bawang putih,dimayang halus
1/2 sk pati ayam
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.
   Masukkan ayam kisar,cili padi,sayur campuran,bg lawang dan daun salam.
   Tumis hingga setengah masak.Masukkan telur,kacau sedikit.
2.Masukkan nasi,serbuk lada sulah,serbuk pati ayam,
   sos tiram,garam dan kacau hingga benar-benar masak.Tutup api dan angkat.
Selamat menikmati masakan sendiri..sedap hingga pinggan licin..

Tiada ulasan: