Rabu, 13 April 2011

Ikan Bakar Asam

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? harap semua sihat.Hari ni masak lauk yang simple-simple aja,hidang ngan nasi putih.Kalau selalu makan yang sedap berlemak memang pandai jemu gak kan..so hari ni Rahel buat sikit ikan bakar,tapi terbakar dalam ketuhar saja.Tak kuasa mo bakar-bakar ikan guna barah api..banyak mkn habuk nanti.



Oh ya..sebelum Rahel pegi makan ikan bakar..Rahel letak dulu resepinya kat sini ek..jom layan dulu ikan bakar asam ni..

Ikan Bakar Asam
Resepi:Rahel

Bahan:
6 ekor ikan kembung-bersihkan
1 sk garam
1/2 sudu makan asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

1.Lumur ikan dengan garam,asam jawa,serbuk kunyit.Panaskan ketuhar
   pada suhu 190'C selama 10 minit.
2.Bakar ikan di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 40 minit.

Sambal dabu-dabu:
1 buah tomato,potong dadu kecil2.
2 buah limau nipis,ambil jusnya
9 tangkai cili padi,tumbuk halus bersama sedikit garam
1 sudu makan cuka
2 biji bawang merah,hiris halus

Cara:
1.Satukan semua bahan sambal dabu2,gaul rata.
2.Hidang bersama ikan bakar.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..daaaa..

Tiada ulasan: