Jumaat, 29 April 2011

Donut Mini

Salam manis buat semua yang sudi singgah ke dapur Rahel,harap korang semua sihat.Kali ni Rahel ada buat ''Donut Mini'' yang enak,sedap je di makan walau pun tak letak topping.Resepinya pulak Rahel cedok dari Majalah Sedap..so jom kita sama-sama makan donut..





Donut Mini
Sumber:Majalah Sedap

 Bahan:
350g tepung roti
100g tepung gandum
2 st yis
1/2 st serbuk penaik
50g gula pasir
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur
225ml air sejuk
40g marjerin
1 st garam

Bahan hiasan:
100g coklat masakan
1 sb jus lemon
2 sb susu krim manis
sedikit gula manik warna-warni

Cara:
1.Campurkan tepung gandum,yis,baking powder,gula.Kacau rata.Masukkan
   telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.

2.Masukkan marjerin dan garam.Uli lg sehingga menjadi doh menganjal.
   Biarkan doh rehat 20 minit.

3.Tumbuk doh utk keluarkan angin,uli lagi sebentar untuk melembutkan doh.
   Canai & terap doh,kemudian susun di atas dulang yg ditaburi sedikit tepung.
   Biarkan selama 30 minit.Goreng dlm minyak panas dg api sederhana sehing-
   ga menjadi keperangan.Angkat & toskan.



Enjoiii..

Tiada ulasan: