Selasa, 16 Julai 2013

Bingka Tepung Beras

Salam...
 
Bingka Tepung Beras atau Bengkang Tepung Beras
Sumber resepi:Kueh Mueh Hanieliza
 
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 camca teh garam
6 cawan santan (1 biji kelapa)
1 helai daun pandan (simpulkan) 
 
Cara:
1.Campurkan semua bahan dan tapiskan dalam kuali
   (Rahel gunakan non-stik wok mcm kak Liza)
2.Masukkan daun pandan dan masakkan sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap.
   Tutup api dan kacau sehiingga kental (Rahel masak sampai pekat mcm bubur)
3.Buangkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu minyak.
4.Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180'C hingga bahagian atasnya keperangan
   dan kuih masak dalam jangkaan masa 1 1/2 jam.
5.Sejukkan baru dipotong dan hidangkan.
 
Nota dari Rahel:
*Acuan hendaklah disapu dengan minyak/marjerin,kemudian lapik dengan kertas pembakar,
  kemudian sapu keseluruhan kertas pembakar dengan minyak/marjerin.Cara ini untuk me-
  mudahkan kita untuk tanggalkan bingka dari acuan tanpa cacat aka sumbing...hehehe....
*Sebaiknya guna acuan 8" untuk membakar agar kuih cepat masak.
*Untuk permukaan kuih yang perang tu Rahel bakar lagi selama 30 minit pada suhu 200'C
  selama 30 minit (api atas).
*Setelah kuih masak,pastikan betul-betul sejuk dalam 4-5 jam sebelum dipotong.Kalau
  potong awal2 alamatnya tangan n jemari u yang lentik tu akan comot...hikhikhik...
 
 
 
 
 
Selamat mencuba.


9 ulasan:

  1. waaa...garingnya...mcm best je nk mkn yg kerak2 tepi tu

    BalasPadam
  2. Salam kak selam ramadhan...sdpnya kuih ni tang kerak2 atas tu yg buat best..teringat masak kecik2 nenek suka juga buat...ingat nak cuba juga,,,

    BalasPadam
  3. Salam rahel.. tun mmg jenis yg suka kerak lebih.. terliur betul nengoknyer.

    BalasPadam
  4. salam
    kuih kegemaran my mom..

    BalasPadam
  5. salam Rahel
    ada bingka putih lah,sedapnya
    mak akak sgt suka bingka twpung beras ni, lemak2 emmm sedappp

    BalasPadam
  6. Assalam Rahel, akak pun dah buat kuih ni first ramadhan hari tu, tp sbb lambat sikit sejuk nak potong, dah azan potong terus ngap, no gambar laa...hahaha...mmg sedap! Dulu2 pun penah buat xdan jgk snap gambar rasanya...hahahaha. Nnt nak buat lg, bawak balik kg laaa...kena triple kan adunan baru cukup...hehe

    BalasPadam
  7. rajinnyer rahel buat bingka.. sedap nampak yg kerak2 tu... kalau kat rumah.. yg bahagian garing tu yg akan jadi rebutan.. hehe..

    BalasPadam