Sabtu, 20 Julai 2013

Puding Sagu Gula Melaka

Salam...
 
Puding Sagu Gula Melaka

 
Bahan-bahan:
300gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan (kisar dan tapis jusnya)
 
Sirap gula:
1 ketul gula Melaka (potong kecil)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak gula hingga larut dan pekat,tapisdan sejukkan)
 
Bahan untuk kuah santan:
1 cawan pasti santan + 1/2 camca teh garam (boleh ganti dengan susu sejat)
 
Cara menyedia:
1.Didihkan air,masukkan daun pandan dan pewarna hijau.Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.

2.Masak sagu hingga menjadi jernih.Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.

3.Angkatsagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.

4.Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.

5.Simpan dulu dalam peti sejuk 1 1 1/2 jam.
 
Cara hidang:
Keluarkan sagu dari acuan,masukkan dalam mangkuk2 kecil.Tuang sedikit air gula Melaka
dan sedikit santan atau susu sejat.Sedaap dimakan sejuk.
 
Nota daripada Rahel:
*Rahel gantikan kuah santan dengan susu segar...tetap nyaman...
*Hasilnya 12 bekas kecik macam dalam gambar atas.
*Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang resepi.
 
 
Enjoiii...


6 ulasan:

  1. Ya ampun rahel mmg sedap sagu gula melaka ni....

    BalasPadam
  2. feveret sgt yg ni!!!
    pun ada dlm list gak utk ramadhan ni
    ntah bila nak buat...

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan Rahel...
    Memang sedap sagu gula melaka nie...favourite
    MA juga... Bila le boleh buat agaknya...
    MA selalu skodeng rumah Rahel...
    masa tu MA masih tak ada blog lagi.
    Halalkan ye...
    Kalau ada masa jemput le ke blog MA, blog yang tak
    se indah blogger's lain..huhuhu
    Baru berjinak-jinak dengan blog...

    BalasPadam
  4. memang feberet akak gak ni he heee paling best mkn sejuk2 kan

    BalasPadam
  5. bulan puasa ni teringin gak nak makan puding ni..tapi tak buat2 lagi...

    BalasPadam