Ahad, 5 September 2021

Sambal Kering Suhun

Salam.Apa kabar semua? Berapa hari ni hujan turun tak henti2 di Kota Kinabalu ,so ada banjir kilat di beberapa kawasan.Paling sedih ada dihanyutkan air.Hujan-hujan pun perut kena isi juga,jadinya kita masaklah lauk yang simple,boleh buat kudapan or hidangkan bersama lauk2 lain.Kalau ada ikan bilis pun sedap.


SAMBAL KERING SUHUN

Resepi by : Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

50g suhun,digoreng hingga kembang

100g kacang tanah,digoreng hingga masak

280g tempeh,dipotong halus2 kemudian digoreng garing

3 sudu makan kicap manis ABC

3 sudu makan sos cili

1 1/2 sudu makan gula pasir

Sedikit garam


Bahan kisar:

9 tangkai cili kering

2 biji bawang merah

3 biji bawang putih


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.Perlahankan api.Masukkan sos cili,kicap ABC dan gula pasir.Perasakan dengan garam.Kacau hingga berbuih dan agak pekat.


2.Masukkan tempeh,kacang tanah dan suhun.Gaul hingga sebati.Siap.


Sedap dimakan begitu saja.Boleh juga dimakan bersama nasi.



Selamat mencuba.


2 ulasan:

  1. Sedapnya Rahel, mesti boleh simpan lama kan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup boleh simpan lama,tapi kat sini tak boleh simpan lama sebab laju ja habis...hehehe

      Padam