Isnin, 6 Januari 2020

Apam Gula Merah Yang Sedap

Salam sayang semua😁Selamat Tahun Baru 2020.Resepi Apam Gula Merah ni kira pembuka tirai 2020 la dalam blog masakan Rahel ni walaupun apam ni dibuat sebelum balik Tawau cuti hari tu😆hari ini baru sempat panaskan balik apam ni kemudian tangkap gambar😁 ni  apam telah ku frozenkan hari tu.Bertambah sedap pula kalau simpan lama2 dalam esbok.Time baru lepas kukus hari tu tidak seberapa sedap,rasa masam n hambar pun ada sebab tu la cepat2 bungkus dan frozenkan,rupa2nya mau dikasi bermalam dulu baru sedap.Mujur tidak melayang ke cik tong hari tu.


Resepi hasil google sana sini dan terjumpa di you tube.Simple dan senang cara membuatnya.Hasilnya pun memuaskan.So daku tak perlu lagi beli Apam Gula Merah dari luar sana.Baik sendiri buat banyak2 pastu frozenkan.Bila teringin baru keluarkan dari icebox dan kasi thaw baru kukus.Enak dong.


APAM GULA MERAH
Sumber:Pn Wan Zura Aishah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 st yis mauripan
Sedikit garam
1  1/4 cawan gula merah*
1 1/2 cawan air*

Bahan pelengkap/inti
Kelapa parut putih (digaul bersama sedikit garam)

Cara membuat:

1.Masak bahan bertanda* (gula merah + air) hingga larut.Sejukkan.

2.Masukkan tepung gandum,yis,garam ke dalam mangkuk.Tuangkan sirap gula merah tadi.Kacau hingga sebati.Perap adunan selama 2 jam.

3.Sapukan minyak pada acuan apam/acuan lompang.Panaskan air untuk kukus apam.Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga 70% penuh.

4.Kukus adunan selama 15 minit dengan api sederhana.Setelah apam masak,keluarkan dari pengukus.Rehatkan sebentar dan.bolehlah tanggalkan apam dari acuan.

5.Hidangkan apam gula merah bersama kelapa parut.

Sedikit tips by Me👇

☕Saya bubuh yis sebanyak 2 1/2 sudu teh sahaja
☕Untuk.gula merah pula saya guna gula merah yang timbang punya,sedap rasanya dan warna apam pun cantik.
☕Tutup adunan ketika diperap.Adunan tu saya perap selama 1 jam sahaja,tu pun dah naik elok time dikukus.
☕Kacau2 adunan sebelum dituang ke dalam acuan.
☕Balut tudung pengukus dengan kain bersih supaya apam tidak terkena wap.
☕1 adunan ni dapat 29pcs apam guna acuan lompang saiz S.



Terima kasih sudi singgah😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan