Rabu, 1 Januari 2014

Menu terakhir 2013

Salam sejahtera dan selamat bersiaran di ujung tahun 2013.Resepi kali ini tentunya karipap yang disukai ramai.Kira buat2 rajin saja membuat karipap ni sebabnya saya bukan jenisvyang rajinpun buat kuih macam ini.Makan memang suka la,selalu kita beli saja dekat gerai kuih muih,boleh dapat seringgit 3 biji.


DOUGH KARIPAP
Sumber:Shiela

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 cawan minyak masak
Lebih kuarng 450ml air
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Masakkan minyak masak bersama marherin hingga betul-betul panas dan tuang ke dalam
tepung gandum,gaul rata dengan tepung tu,bila agak suam,masukkan air sedikit demi
sedikit.Uli hingga rata dan sebati.
Rehatkan sekejap doh selama lebih kurang 20 minit sebelum digelek utk proses seterusnya.
Kalau tak nanti tepung agak liat dan payah sikit untuk dibentuk.
Gelek doh,letak inti,kelim dengan kemas.
Bila sudah siap,bolehlah digoreng.Goreng dengan api sederhana sahaja.Mula-mula meng-
goreng jangan bagi minyak tu panas sangat nanti kulit dia tak cantek,cam berkutil-kutil tu.
Kena kerap balik2kan karipap masa menggoreng tu supaya ia masak sekata dan sempurna
rupanya.

Kalau nak frozenkan pun boleh juga.Masukkan karipap yang sudah siap ke dalam peti
sejuk bahagian beku sekejap hingga agak keras sedikit,senang untuk dipegang @ handle.
Simpan terus kat freezer tu dalam bekas yang bertutup supaya kulit dia tidak kering dan
merekah.Bila nak makan,boleh terus goreng,tak payah nak thaw @ nyakbekukan dulu.




Inti
Sumber:Shiela

Bahan Inti:
1 kg kentang
250g daging
30g rempah kari daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sd besar lada hitam,ditumbuk kasar,jika suka
daun sup,daun bawang jika suka
Garam,gula secukup rasa

Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih yang diracik halus sehingga keemasan,masukkan
daging yag dicincang atau dipotong halus,bila daging dah separuh masak masukkan rempah
kari yang dibancuh dengan air,goreng rempah hingga naik bau dan garing.Kemudian masuk-
kan kentang yang telah dipotong dadu,masukkan air agak-agak hampir tenggelam kentang
dalam kuali,masukkan lada hitam,garam dan gula secukup rasa.Masak hingga kentang tu
empuk dan kering.Last sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yg harum.


Terima kasih kepada Shiela kerana sudi share resepi karipap yang sedap.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan