Sabtu, 16 November 2013

Cheese Bar

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu,moga ceria selalu..
 
 
Skarang musim hujan di Tawau,udaranya amat dingin..kita terperap di rumah saja,padahal udah rancang mahu keluar untuk beli bahan-bahan baking.Sejak beberapa hari yang lalu asyik belek2 buku resepi jak,banyak sangat resepi-resepi yang menggiurkan..sempat bengong mo buat yang mana satu..alahai...dasar mata keranjang betul.Bila Nampak gambar resepi Cheese Bar ni terus tertarik pulak untuk mencuba,manakala bahan-bahannya pun memang simple dan cara membuatnya pun tersangat lah mudah.Jom kita intai-intai bahan-bahan yang diperlukan...
 
mampatkan biskut base
 
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
 
Letak loyang di rak tengah dan bakar guna api atas dan bawah.
 

Kek dah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

Cheese Bar
Sumber:Fabulous Cake Business (Alex Goh)
 
Biskut Base
160g cream cracker,crushed
80g butter~dicairkan
 
Filling:
A) 250g cream cheese
     50g gula
B) 30g keju cheddar~disagat
C) 1 biji telur
D) parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
     2 sudu besar jus lemon
     40g krim masam
E) 50g walnut cincang
 
Cara membuat:

1.Biskut base:alas Loyang 10x7x1 inci dengan aluminium foil.Satukan bahan2 dan masukkan ke dalam loyang.Tekan hingga mampat.Letak dalam peti sejuk selama 15 minit.

2.Filling:Pukul dengan kelajuan sedang bahan A sehingga licin.Berhenti,scrap tepi and bawah loyang.Tersukan pukul hingga rata.

3.Tambahkan bahan C dan pukul hingga licin.Tambahkan bahan D dan putar sebati.Berhenti,scrap tepi n bawah loyang.Tambahkan bahan E dan putar  hingga rata.

4.Tuang adunan ke dalam loyang berisi biskut base.Masukkan dalam oven & letak di rak tengah Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit sehingga masak.

5.Biarkan kek sejuk.Tutup kek,simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau 1 malam.

6.Tanggalkan kek dari loyang.Potong bentuk bar.
 
Nota daripada Rahel Blogspot:
*krim masam Rahel gantikan dengan Anchor UHT whipping Cream
*pada yang tidak suka rasa masam,abaikan saja jus lemon itu
*bakar walnut sebentar dalam oven sebelum masuk dalam adunan.
*adunan ini Rahel bake pada suhu 165'C selama 30 minit.
*kek tak sempat masuk peti sejuk pun,Rahel biar selama 2 jam sahaja kemudian potong dan hidang.
 
Sangat sedap Cheese Bar ni,bahan-bahannya sangat simple manakala cara penyediaan pun tersangatlah mudah.Sebenarnya pagi2 lagi Rahel buat cheese bar ni,jadi dapatlah kami hidang untuk sarapan pagi.Hermm...memang berbaloi kan...
 
   
 
 
Enjoi...


15 ulasan:

  1. salam rahel..

    nampak sedap tu tau tengok cheese bar tu..bahan simple dan nampak senang ja buat kan.

    P/s:dear, apa ba ko mo cakap sama aku ari tu..penasaran betul aku mau tau tu.

    BalasPadam
  2. Bbwana Adienia...
    ada ba ku mo Tanya,tp tak tau mo cari ko di mana,ada ka fb ko..cari sy ba di fb...bole ka dear?

    BalasPadam
  3. adui na..itu la ba kta nda be'ngam tu dear..tiada ba aku punya fb..hehe..sori..tapi, kalau ko ada whatApp/we chat/line, cari ja aku.ni no aku, 0128244251. Ko bleh sms juga..tq.

    BalasPadam
  4. Sedap tu Rahel....lemak berkrim disukai ramai.

    BalasPadam
  5. ya ampooonn.. sungguh dabel dabel lemak berkrim ini bar.. rasa nak duduk sebelah rahel enjoi sama2 ngap bar cheese.. hehe

    BalasPadam
  6. air tgn rahel mmg sentiasa menjadik...sempat tu..buat utk bekfes....bertuahnya kalo dpt sepotong dua!

    BalasPadam
  7. Nak try jugalah....mcm best je nih...

    BalasPadam
  8. nampak sdp sngt, nak try lah rahel....

    BalasPadam
  9. waaaaahhhhh.... mmg menggugat diet nihhh....

    BalasPadam
  10. Dah letak kat rak tengah2, api nya guna sebelah bawah saja ka atau atas bawah ni, Rahel?..

    BalasPadam
  11. Adui terseksa tgk mcm sedap

    BalasPadam
  12. tengok pon dh terasa sedap .. bahan2 yg senang. tapi nak buat tah jadi ke tidak ^^

    BalasPadam
  13. thnx share this recipe...looking forward to try it
    check out my blog:
    http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

    BalasPadam
  14. Terima kasih 4 share this resepi...mohon copy ya.

    BalasPadam
  15. Terima kasih 4 share this resepi...mohon copy ya.

    BalasPadam