Isnin, 26 Ogos 2013

Asam Rebus Ikan Merah Nanas

Selamat bersua kembali.


Asam Rebus Ikan Merah Nanas
Sumber:Buku resepi lauk pauk citarasa Malaysia

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan merah (3 potong)-saya guna 900g ikan sulit merah
1 potong nanas (hiris nipis)
1 batang serai (titik)
2 keeping asam keping
Garam,gula & perasa secukupnya
2 mangkuk air-saya guna 800ml air

Bahan dikisar:
5 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm halia muda

Cara memasak:

1.Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama 2 mangkuk air.

2.Masukkan ikan,serai dan asam keeping
.
3.Setelah mendidih masukkan nanas,garam,gula dan perasa secukupnya.Biarkan mendidih sebentar.Angkat dan sedia dihidang.


Selamat mencuba.


4 ulasan:

  1. wah sedap nih mak cik... yook makan sama, saya bawa nasi yah..hehe

    BalasPadam
  2. Rahel cayang... k.gee terlior laaa....

    BalasPadam
  3. sedapnya rahel

    nak nya dtg bw time lunch ni adoi terliur hehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...Wahhh sedapnya sesekali layan asam rebus ikan merah ni...Terguda plak bila tengok sini..

    Salam Aidilfitri Kak Rahel

    BalasPadam