Isnin, 19 Ogos 2013

Sambal Sotong Kering

Salam
 
 
SAMBAL SOTONG KERING
Sumber:Rahel
 
Bahan-bahan:
150g sotong kering
 
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering-rendam dan buang bijinya
2 tangkai cili merah
1 genggam cili api
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil belacan
1/2 cawan air
 
Perasa:
2 sudu kecil pes asam jawa
1 1/2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
 
Cara memasak:
1.Rendam sotong semalaman,bersihkan,toskan,potong ikut suka.
2.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.
3.Masukkan sotong kering dan bahan perasa.Masak sehingga sotong empuk.
  
ACAR TIMUN
 
Bahan-bahan:
1 batang timun-potong sesuai selera
1 batang lobak merah-potong sesuai selera
1 ulas bawang besar-dimayang
1 tangkai cili merah,buang biji,hiris
7 buah limau kasturi,ambil jusnya
3 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam halus
 
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan-bahan di atas,gaul hingga gula larut.
 
NASI KUNING SABAH
 
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras basmati
700ml santan (200ml santan pekat + 500ml santan cair)
5 lembar daun pandan,diracik,simpul
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
 
1 sudu makan jus limau kasturi
 
Cara memasak:
1.Cuci beras basmati,toskan.Sementara itu boleh la panaskan pengukus untuk kukus
   nasi kuning.
2.Masak santan,daun pandan,serbuk kunyit,garam,pati ayam sehingga mendidih.
   Masukkan pula beras yang telah dicuci tadi.Masak sampai santan di serap oleh
   nasi.Jirus nasi kuning dengan jus limau kasturi.Gaul rata.
3.Alihkan nasi kuning ke dalam pengukus yang telah dididihkan airnya.Kukus nasi
   kuning selama 20-30 minit.
 
Nota:Hidang nasi kuning bersama sambal sotong,telur rebus,acar timun.
 
 
Selamat menikmati.


3 ulasan:

  1. salam rahel..

    sambal sotong kering tu memang sesuai makan dengan nasi kuning..makan dengan nasi lemak pun sedap juga..

    BalasPadam
  2. wah sedapnya rahel

    dok bayang makan dgn nasi lemak sedapnya

    BalasPadam
  3. Assalam Rahel
    Selamat hari raya

    Wat mkn dgn nasi lemak sedap tu

    BalasPadam