Selasa, 28 Mei 2013

Chocolate Macaroons

Selamat petang...apa khabar kepada semua yang setia melawat dapur Rahel? Udah minum petang kah? Hari ni Rahel sempat lagi buat chocolate macaroons...sebenarnya Rahel tengah uji kaji  pasal macarons itu yang balik2 tayang macarons...sambil2 tu bolehlah dijadikan hidangan sampingan...dan Rahel akan terus mencuba mana2 resepi macaroons sampai la Rahel boleh buat macaroons yang betul-betul memuaskan..harap2 pengunjung setia dapur Rahel tak jemu yea.Terima kasih kerana setia melawat dapur Rahel.


CHOCOLATE MACAROONS
Sumber:Food Lover CHOCOLATE

Bahan-bahan:
2 biji putih telur gred A (80g)
1 tsp lemon juice
125g gula caster
100g serbuk almond}
1 tsp cocoa powder}->diayak

Cara membuat:
1.Pukul putih telur bersama lemon juice sehingga soft peak.Masukkan gula caster perlahan2
   dan pukul hingga stif peak.
2.Tambahkan serbuk almond + cocoa powder,kaupbalik hingga sebati.
3.Masukkan dalam piping bag.Picitkan ke atas dulang yang telah dialas baking paper sebesar
   duit 50cen atau ikut selera anda.
4.Hentakkan dulang macaroons untuk buang gelembung udara.
5.Biarkan macaroons kering jika disentuh permukaannya dengan jari adunan tak melekit.
6.Bakar macaroons dalam oven pada suhu 150'C selama 10-12 minit guna api atas dan bawah.
7.Setelah masak keluarkan macaroons dari oven,biarkan sejuk sebelum letak inti coklat cream.


FILLING
Bahan-bahan:
150g dark chocolate-potong kecil
80ml whipping cream-putar hingga kental
20g butter

Cara membuat:
1.Cairkan coklat dengan cara double boil.Tambahkan butter.Gaul rata.Sejukkan.
2.Tambahkan whipping cream,gaul rata.
3.Sandwich macaroons dengan chocolate cream.Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba.

8 ulasan:

  1. selamat petang Rahel
    terbaik dah tu ,cantik macaron nya
    kalu dkt sure akak nk berguru dgn Rahel akak dah try 2,3 kali tp tak menjadi mcm macaron hu huuu

    BalasPadam
  2. cantiknya kak rahel..macam mudah tgk bahannye..kak bg tips sikit utk yg baru nak belajar buat macaroon ni cam zila

    BalasPadam
  3. cantik..nnt zila nk cuba jgk..tgk mcm mudah jew kan..

    BalasPadam
  4. Hai rahel..teringin sangat nak cuba buat macaroon nie....kurang berani takut tak menjadi...sedap nie..

    BalasPadam
  5. Cantik jadinya macaron Rahel ni...rasa nak kutip je sekeping dua...hi..
    re; tk Rahel wish bday utk my boys.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum rahel..
    serius sedap... nampak cantek sangat.. walaupun tadi sebenarnya nani datang dari rumah hana kanazawa tu.. dia bagi tau tips2 dari rahel.. so insyaALLAH project in listed..! tq

    BalasPadam
  7. best tgk macaroon rumah rahel ni, ada mcm2

    BalasPadam
  8. arghh jeles lg tgk mac yg berkaki cantik tu..

    BalasPadam