Jumaat, 31 Mei 2013

Coconut Macarons

Selamat malam kepada pengunjung setia dapur Rahel...semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan ceria.Pagi tadi kita sempat lagi buat coconut macarons.Macam yang kita cakap sebelum ni yang kita tengah uji kaji cik macarons..kalau yang sebelum2nya kita buat macarons yang plain n coklat aje,tapi hari ni kita nak pulak yang lain2 perasa...hermm...ternyata tidak rumit juga buat coconut macrons ni...puas hati sangat2 dengan kejadiannya..rasa lemak2 gitew...tapi yang filling coklat putih tu memang manis gila la..so kita letak sikit blueberry filling la..konon2 biar tak manis sangat...tetap sedap.Kepada yang belum berani membuat macarons tu sila la beranikan diri yea...yang penting buat macarons ni kena penuh kesabaran...segala peralatan yang diguna tu kena la dicuci bersih dan dikeringkan,jika perlu siram mangkuk pengadun & besi pengadun kita dengan air panas kemudian lap dengan kain bersih...awas!!! meringue memang anti banget dengan minyak...
 

COCONUT MACARONS
Sumber:Love Food

Bahan-bahan:
50g serbuk almond
25g kelapa parut kering
115g gula aising
2 biji putih telur gred A
50g gula caster

2 sudu besar kelapa parut kering untuk hiasan-dibakar 8-10 minit dlm oven pd suhu 150'C

Cara membuat:
1.Sediakan 2-3 dulang yang bersih dan kering,kemudian alas dengan baking paper.Ketepikan.
   Sediakan piping bag yg diletak nozel no 10 .
2.Masukkan serbuk almond,serbuk kelapa & gula aising ke dalam food processor &
   process selama 15 saat.Ayak ke dalam mangkuk yang bersih dan kering.
3.Dalam mangkuk yang bersih dan kering/bebas minyak pukul putih telur sehingga soft peak,
   kemudian masukkan gula caster sedikit demi sedikit (buat 3x) dan putar lagi hingga benar2
   stif peak (tanduk meringue menegak).
4.Masukkan serbuk almond yg telah diayak tadi ke dalam meringue sedikit demi sedikit (3x)
   dan kaup balik guna spatula hingga rata (kaup satu arah ye).Sengetkan spatula,jika adunan
   jatuh berlipat macam ribbon dah ok la tu.
5.Masukkan adunan dalam piping bag,picitkan adunan ke atas dulang tadi sebesar 50 sen atau
   sesuai dengan saiz yang anda gemari.Hentakkan/ketuk2 dulang 2-3 kali untuk buang buih2
   udara dan juga untuk bagi adunan rata.Tabur kelapa bakar di atasnya.
6.Biarkan adunan betul-betul kering (40-60 minit),jika disentuh dengan jari adunan tak
   melekat pada jari (boleh kipas atau letak dlm bilik aircond untuk mempercepat pengeringan)
7.Bakar macarons dalam oven pada suhu 150'C selama 12-15 minit guna api bawah dan atas.
8.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum diletak inti.


FILLING
115g white chocolate,potong kecil
300ml dairy fresh cream-bahagi dua

Cara membuat:
1.Panaskan satu bahagian cream dengan api perlahan hingga berbuih tepinya.Tuang ke
   dalam mangkuk berisi coklat.Kacau hingga coklat cair.Ketepikan.
2.Pukul satu bahagian cream hingga kaku.Kemudian satukan dengan coklat.Gaul rata.
   Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum diguna.

*Rahel letak inti coklat dengan blueberry filling....sedap (lihat gambar di bawah)


Enjoi...

13 ulasan:

  1. salam
    These sound so delicious..love coconut..

    BalasPadam
  2. Wah rahel, dasat lah berani eksperimen, kita takat plain dgn coklat je yg berani, tu pun lama tak buat

    BalasPadam
  3. wow menarik dan tertarik... insyaAllah akan cuba... thanx rahel

    BalasPadam
  4. rajin Rahel ber macaron
    bersemangat nak buat tgk Rahel tp takut x menjadi he hee

    BalasPadam
  5. teringin nak buat tp takut sejarah berulang kembali hihi

    BalasPadam
  6. salam rahel..

    cantik2 macaron yang rahel buat..rahel memang rajin buat macaron..teringin juga mencuba untuk membuatnya satu hari nanti..

    BalasPadam
  7. Cantiknya macaroon rahel,mesti sedap ni ada rasa kelapa tu

    BalasPadam
  8. dah macam2 versi macaron mu rahel...sebiji macaron pun belum pernah ku lihat, kusentuhi dan ku rasa..sian kan....huhu..

    BalasPadam
  9. huhuu..macaron kelapa plak..semua nmpk best

    BalasPadam
  10. huhuu..macaron kelapa plak..semua nmpk best

    BalasPadam
  11. Yuhuuuu rahellll...nampak sodappp.... nk wat takut gigil tangan...hihihihi

    BalasPadam
  12. wah asyik macaroons je ni ... mengidam lak nak buat tunggu masa je hihi

    BalasPadam
  13. wah mcm2 jenis mac ade yer Rahel..yg ni tentu sedap..sbb lain sikit dr yg ade tu..

    BalasPadam