Balik pada entry kali ni ''Nasi Saffron'' yang wangi dan enak banget.Rahel gandingkan dengan "Ayam Masak Sambal Cili",tapi yang tu memang ndak sempat diambil gambar sebab sudah kemalaman...hehehe.Kalau sudah menjelang malam memang malas betul mo ambik gambar.Pada yang rajin ambik gambar masakan tu memang sudah sedia faham..sebab nanti gambar pun akan nampak suram..lihat saja la pada gambar nasi saffron ni...ada suram kan...sebab sudah senja baru ambik gambar.
Lama jugak Rahel simpan Saffron ni lebih kurang dalam dua tahun gitu and ada jugak skali-skala guna kalau masak nasi minyak,tapi guna sikit-sikit sahaja..konon mau jimat la tu..faham2lah..saffron ni boleh tahan harga dia tau..macam harga emas pun ada woo..kalau pegi beli pun tauke kedai hati2 betul time timbang saffron ni...hihi..katanya ''ini barang banyak mahai oo'' dan memang betul pun sebab ini adalah rempah yang termahal yang ada di dapur gue..ahakss.
Bila cerita bab Saffron ni tetiba teringat akan nasi saffron yang sememangnya Rahel belum pernah cuba dan teringin sangat untuk mencubanya.Pernah ternampak ada geng masak2 post dalam group masak2 di facebook suatu masa dulu tapi malas mau skodeng di facebook.Rahel cuba cari di rumah pak google and akhirnya terjumpa resepi Nasi Saffron di dapur Kak Amie yang rajin banget menggoda gue melalui masakannya yang betul-betul menyelerakan.Kak Amie cayang,ijinkan patik share resepi Nasi Saffron ini dalam blog Rahel Blogspot.Terima kasih banyak Kak Amie kerana sudi share resepi yang sedap-sedap.
Nasi Saffron
Sumber:AMIE'S LITTLE KITCHENBahan-bahan:
500g beras basmati
1 sudu teh herba saffron-rendam dengan 1 sudu besar air panas
150g minyak sapi
1/2 cawan kismis
1 labu bawang besar-mayang halus
3 biji bawang putih-mayang halus
3cm halia-hiris nipis
200ml susu cair
200ml rebusan ayam (Rahel pun guna kiub ayam + 200ml air)
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
pewarna hijau,merah & kuning (yg ni Rahel tak letak)
Cara memasak:
1.Didihkan air dalam periuk pengukus.Sementara itu panaskan minyak sapi dan tumis bahan hirisan bersama kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga serta kiub ayam hingga wangi.
2.Masukkan beras dan saffron serta gaul rata.
4.Setelah beras mengembang dkering,pindahkan ke dalam periuk pengukus.Tutup selama 15 minit.
5.Buka penutup dan buat beberapa lubang pada nasi.Titikkan pewarna & tutup kembali periuk.(cara yang ni Rahel tak buat sebab tak letak pewarna)
6.Selepas 10 minit,buka kembali tutup periuk,dan masukkan kismis.Gaul bersama nasi supaya warna-warni turut tersebar.
Dulu rajin juga bubuh safron dalam nasi dan dalam masakan seperti ayan kuzi. Tapi selepas tahu khasiatnya kepada kesihatan, saya mengambil secara terus sebagai minuman dengan dicampur dengan madu.
BalasPadamxpnh try lg....teringin pula nk rase sis....;))
BalasPadamsampai sini bau harumnya baa.. ;)
BalasPadamGue teringin jugak makan nasi ni..harumnya sampai ke semnanjung, waduh...
BalasPadamDi sini rupanya nasi saffron... patutlah terbau dari tadi...wangi ye baunya Rahel!
BalasPadamAs'salam Rahel!!
BalasPadamenak banget tu, tapi kak ct akan gigil tangan mahu beli saffron tu hehehe
maaf ya udah lama enggak mampir kesini, kerinduan pada semua resipi2 dari Rahel *hugs*
Hai Rahel,
BalasPadamada sikit lagi saffron kat dapur umi ni..nnt nak cuba la buat nasi saffron..pasti anak2 umi suka
halloo rahel..sedap nampak..rajin jgk ye masak2 heee..saffron mahal ni..herb yg paling mahal didunia..nnti nk carik..lama dh mengidam :-)
BalasPadamharumnya sampai disini Rahel
BalasPadamemmm sedapp tu
nanti boleh cuba nasi safron ni.. mesti wangi banget kan baunya...
BalasPadamSalam Rahel. Saya suka juga guna saffron ni. klu bahasa melayu nya org panggil kome-kome. Saya guna utk buat nasi pilaf dan paella. Suka warnanya yg cantik pada nasi dan rasanya yg istimewa.
BalasPadamInsyalla nak cuba pulak recipe dari Rahel ni. Terima kasih
Untuk mendapatkan Saffron Stigma Original bagi ditambah dalam menu masakan,sila pm di Zouksaffron atau sms 014-6245445. Harga promosi menanti anda di sini!
BalasPadamUntuk mendapatkan Saffron Stigma Original bagi ditambah dalam menu masakan,sila pm di www.facebook.com/zouksaffron atau sms 014-6245445. Harga promosi menanti anda di sini!
BalasPadamSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
BalasPadamjom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik