Isnin, 10 Disember 2012

Durian Cream Puff

Selamat petang kepada semua yang setia berkunjung ke dapur RB.Semoga semuanya sihat selalu.Walau pun musim crepe belum habis..tapi hati ini teringin jugak menikmati sesuatu yang lebih sesuatu...cerrr macam Syahrini pulak ni becakap...hehehe..oh ya,resepi puff jugak diambil dari dapur NCC...kata peserta mingguan rainbow di NCC resepi kulit puff ni diambik dari blog orang puteh.Tapi ndak kesah la dari mana datangnya resepi tu..yang penting dia punya kejadian memang tidak menghampakan..puas hati banget..pastu gue kasi itu isi durian sikit dalam adunan cream...perghhh...mantop...cuba laaaa...

Durian Cream Puff

Bahan kulit puff:
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung serbaguna
4 biji telur

Cara membuat kulit puff:
1.Panaskan oven 200'C.
2.Masak air bersama mentega hingga mendidih.Matikan api.
3.Masukkan tepung,kacau rata.Nyalakan api,masak sampai kalis/tidak melekat .
4.Selagi hangat (jangan panas2 atau terlalu sejuk),masukkan telur satu persatu,kacau rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel star dihujungnya.
   Paipkan bentuk bulat ke atas dulang.
6.Bakar selama 30 minit pada suhu 200'C.
7.Setelah masak,keluarkan dari oven,biarkan sejuk.Potong sikit kulit puff,kemudian paipkan
   inti cream cheese durian.

Pesan:Jangan buka oven selama membakar puff,kerana boleh menyebabkan puff mendap.
          

Bahan Cream by Rahel Blogspot:
250g cream cheese
100g gula aising-diayak
100g isi durian-dihaluskan
100g non-dairy whipping cream-dipukul hingga kental

Cara membuat cream:
1.Putar cream cheese bersama gula aising sehingga licin.
2.Tambahkan isi durian,putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan whipping cream tadi,kaup balik hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream ke dalam bag piping.

Selamat mencuba.

17 ulasan:

  1. hai la sedapnya cream puff, selain durian crepe ni pun tgh musim jugak kan kat fb

    tah bilalah sampai seru nak try buat ni

    BalasPadam
  2. ramai blogger indonesia buat nie..nampak sedapp:)

    BalasPadam
  3. wahhhh rahel...sy yg tgh demam ni nampak durian puff kamu terus buntang mata hehehe...mesti sengap ni :)

    BalasPadam
  4. waaa...sedapnyer...baru 2 hari lepas nampak chef zam pos resipi cream puff durian, tu la cadang nk buat, tp hari ni dh letih...tangguh dulu laaa

    BalasPadam
  5. mm..nampak sedap la rahel. dah lama tak berkrim puff..ada durian lg..idea yg bagus ni.. :)

    BalasPadam
  6. mau dong buat ngemil depan tv.ngecess lah gue lihat nya.. ;)

    BalasPadam
  7. cantiknya cream puff rahel tu...
    mengeliurkann..

    BalasPadam
  8. Agak2 berapa biji Kak Amie boleh tapau bawa balik ke LD ye Rahel...

    BalasPadam
  9. waduhhh Rahel..bulat2 cream puffnya...pasti sedap ni..nyummy

    BalasPadam
  10. sedapnya Rahel boleh try lagi ni pasti lazat sngat ni kan aduiiiii

    BalasPadam
  11. Terim kasih kakak2 n adik2 yang sudi singgah....sayang awa semua...

    BalasPadam



















  12. Rahel....pasti meletop....hehe









    r

    BalasPadam
  13. Salam Kak..cream puff memang kegemaran ni....sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
  14. baru tahu cara yg betul, selalu ila buat cream puff, tunggu adunan betul2 sejuk, baru masukkan telur..patut la cream puff kurang kembang.. :-(

    BalasPadam