Ahad, 2 Disember 2012

Ayam Goreng Sambal Udang Kering

Menu hari ini ayam goreng sambal udang kering.Selalunya kita buat sambal udang kering saja kan? ataupun sayur masak sambal udang,jadi apakata korang cuba pula menu yang satu ini.Sedap sangat.





Ayam Goreng Sambal Udang Kering
Sumber:Rahel

Bahan:
2 ketul paha ayam-dibersihkan-potong sesuai selera
2 biji limau kasturi
3 sudu makan udang kering-direndam dengan air panas,kemudian toskan*
1 genggam cili api*
10 biji bawang merah*
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Satukan ayam bersama jus limau dan sedikit garam.Ketepikan selama 30 minit.Goreng ayam dalam minyak panas dengan api sedang hingga masak.Angkat & toskan.

2.Kisarkan bahan bertanda*.Tumis hingga pecah minyak.Tambahkan cili merah,gula,pati ayam & garam.

3.Masukkan ayam.Kacau hingga mesra.Angkat.Sedia untuk dihidang.


Selamat menikmati Ayam Goreng Bersambal Udang Kering.

10 ulasan:

  1. suami akak mesti suka dgn resepi rahel nie....dia suka goreng2 akak suka yg berkuah, nti nk guna lah resepi rahel nie nmpk sedap je......

    BalasPadam
  2. sedap ni kalau makan dgn nasi panas²...

    BalasPadam
  3. ayam goreng sentiasa laku kalu ada kat umah akak ni
    sedapp anak2 suker

    BalasPadam
  4. sedap nya Rahel anak2 akak mmg suka ni ayam goreng yg gini ranggup kan

    BalasPadam
  5. mkn dgn nasi panas lps tu berulamkan dgn timun pun dh sedap sgt kt tekak sy ni hihiiii...

    BalasPadam
  6. kalau lauk cam ni meratah pon sedap kan...

    BalasPadam
  7. Salam Kak..oh lauk macam ni memang saya suka...Pasti sedap ada rasa udang...

    BalasPadam
  8. boleh variasi hidangan kat umah ni...yg ni ada kelainan sket..hehe

    BalasPadam
  9. Kecur air liur tengok ayam you ni Rahel!!!! :)~~~~~

    BalasPadam
  10. zila chop yg peha tue dulu yer..jgn kasi org amik tau..sedapp:)

    BalasPadam