Isnin, 15 Oktober 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Ketika saya mengambil gambar kek petang tadi cuaca di Lahad Datu tiba-tiba mendung..gelap sangat..dari mula lagi memang nak tumpang cahaya kat tepi tingkap jer..dan seterusnya memang mengharapkan cahaya dari tingkap tapi erm boleh nampak dalam gambar kan...semuanya macam mendung kelabu..eh napa tiba-tiba pulak rumah di Lahad Datu?

Kek coklat moist ni memang sedap dan sesuai dengan tekak kami sekeluarga..dan yang paling Rahel suka adalah bahan-bahan untuk adunan kek coklat ni sangat mudah di dapati di dapur..bahkan cara-cara penyediaannya tersangatlah mudah..kalau yang baru belajar buat kek tu memang sesuai sangatlah mencuba resepi kek coklat moist dari Kak Dayang Jack ni...sudah pasti ramai teman-teman yang sering berkunjung ke dapur beliau..sebab dapur beliau banyak memuatkan resepi kek yang sedap-sedap.
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Dayang Jack yang setia berkongsi resepi kek yang sedap2 di dapurnya.Untuk pengetahuan teman-teman..ini bukan yang pertama kali Rahel buat kek moist ni,tapi memang udah berkali-kali buat...rasanya kek coklat moist ni sangat sesuai untuk dijadikan kek harijadi,kek hantaran & untuk buah tangan...so silakan mencuba yea...resepinya.

Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:

1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.(Rahel bakar versi cupcake).

2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian kacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.


Selamat mencuba.

20 ulasan:

  1. seriusly memang mengoda nafsu....mcm nak terkam jer masuk molut...:)

    BalasPadam
  2. eh! eh! hubby tak logout.

    its me actually hehehe kek ni dah try .. mmg sedap!

    BalasPadam
  3. Rahel dlm mendung2 pun gambarnya tetap maintain cantikkk ..sgt2 mengoda he he kasi airliur meleleh...
    akak penah skali buat emm memang moist kan

    BalasPadam
  4. salam hee sdp kak akk pun baru je buat semlm....kejap dah habis..kek yg tebaik

    BalasPadam
  5. br je bikin kek coklat..bkn satu tp 2..satu kukus, satu bakar..tp xletak moist..malasnya nak kasi cair..tp letak coklat chip n coklat kisses kasi rasa coklat bila dimamam..anak2 suka jer..:)

    BalasPadam
  6. salam Rahel
    akak pasti akan cuba tak lama lagi sbb nampak sangat sedap dan moist tu lah yg idaman kalbu akak tak sabar nak buat ni..

    BalasPadam
  7. As'salam Rahel

    kak ct memang suka singgah blog Dayang. tambah2 mencuba kek chocolate dari beliau memang sedap. kek Rahel pun cun dah tu, mahu sepotong bah.. :)

    BalasPadam
  8. memang sangat senang nak buat kek ni. lagipun ekonomi sebab tak guna telur.sedap pun sedap!

    BalasPadam
  9. TAK SABAR NAK RASA AIR TANGAN DIA....

    BalasPadam
  10. cuaca mendung pun gambar tetap maintain cantik. Sedap kek tu. akan dicoba deh..

    BalasPadam
  11. Aduh duuuuh Rahel... ternganga mulut k.gee...nasib baik lalat tak masuk...rasa nak ngap jer kek coklat yg menggoda tu...

    BalasPadam
  12. agak2 kalau cuit sikit dari skrin pc ni boleh rasa tak kek ni

    antara peberet kita jugak, sedap kan rahel, yg paling best sebab tak payah guna telur, jimat sikit hehe

    BalasPadam
  13. as-salam rahel
    `looks absolutely tempting.. would love to have a big bite...

    BalasPadam
  14. harus cuba ni..nmpk sgt sedap tu...sgt kemas kejadian kek ni..

    BalasPadam
  15. Aslmkum Rahel. pantang nengok kek choc moist gini....mulalah terliur....yummmy..

    BalasPadam
  16. tgk gambar pun dh tau kek nie mesti sedap!...

    BalasPadam
  17. Ini memang enak dan moist cake nya,melly pun pernah buat.. ngecess nih

    BalasPadam
  18. uiitss kecur zila..dh lama ank mintak zila buatkn cuma x sempat2 lg nie..he hehee :)

    BalasPadam