Selamat pagi dan selamat bersiaran kembali..semoga semuanya dalam keadaan yang baik.Untuk sarapan pagi ni Rahel cuma hidang roti mentega kacang bersama secangkir teh o yang hangat..emm sedap sangat..
Roti Mentega Kacang
Sumber:Rahel
Bahan doh roti:
Bun Sosej
Sumber:Rahel
Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti
Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk
Bahan C:
30g unsalted butter
Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung
Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air
Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega
Cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.
2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.
3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.
*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.
*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.
*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.
Mentega kacang secukupnya
Sedikit daun bawang kering untuk tabur
Sedikit mentega
Sapuan telur:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air
Cara-cara:
1.Bila doh sudah kembang selama 50-60 minit,tekan2 doh untuk keluarkan angin,kemudian bulatkan kembali dan rehatkan selama 10-15minit.timbang 60g setiap satu.Kemudian bulatkan kembali (lihat gambar di bawah).
2.Leperkan doh dan letakkan 1 sudu kecil mentega kacang di tengah-tengah seperti gambar di bawah ini👇
3.Bulatkan kembali doh yang sudah diberi inti mentega kacang tadi (lihat gambar di bawah)
4.Canai doh tadi hingga agak memangjang,kemudian hiris-hiris bahagian tengahnya.(lihat gambar di bawah).
5.Guna ke dua-dua tangan,ambil doh yang sudah dihiris dan tarik sedikit hujungnya hingga agak panjang dan dan pusingkan macam kalau kita perah kain (lihat gambar di bawah).
6.Cantumkan hujungnya dengan cara mengikat hujung doh (lihat gambar di bawah).Kemudian biarkan doh kembang selama 50-60 minit.Jika sudah kembang,sapu permukaan roti dengan telur+air dan taburkan daun bawang kering.
7.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan bakar roti mentega kacang selama 20 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega. (masa untuk membakar roti tergantung pada suhu oven masing-masing dan begitu juga dengan hasilnya sesuai dengan oven masing-masing).
Selamat menikmati Roti Mentega Kacang.
Seronoknya Rahel bagi step by step begini... bolehlah buat, tak payah nakm berkayuh ke Tawau nak ambil seketul dua lagi he he he hh
BalasPadamBestnya... cantik berkilat bun tu.... kalau guna kacang merah boleh juga kan???
BalasPadamrahel... how aare u? rasa nak bf ngan rahel je pagi ni. lapar perut ni.. comel n kemas betul hasil roti rahel. suke tengok :-)
BalasPadamoohhh..mcm tu rupenya buat pintalan...ucu nk print out ini resepi n cara.....
BalasPadamtima kaceh rahel sayanggg...
Rahel...mesti sedap rasa lemak manis berkacang gitu..haha terasa laparlah rahel....
BalasPadamKak Amie..
BalasPadamlepas ni giliran kakak pulak buat ye..hehe..
Ogyep...
kalau guna kacang hitam lagi best..guna je apa2 inti yang sesuai dengan selera..janji senang nak buat..
Ucu Faridah..
begini la kiranya memintal roti..tapi masih tak kemas sebab sendiri buat doh sendiri tangkap gambar..kecian sungguh...silahkan dicopy.
Citarasaku..
iye...sedap dan lemak2..my laling suka banget makan..
cantiknye Rahel,kilat2 lagi,kalau Rahel ni buat ape pun nampak cantik je kan mmg kena curi tu tangan magic tu heeee
BalasPadammenarik! siap dengan tutorial lagi. boleh try buat jugak ni.
BalasPadamsalam rahel cyg..amboiii terus gue kesini..td tgok kt fb x puas hati..he heheee..wahhh berkobar-semangat zila nk mencuba nie..mesti sedap..:)
BalasPadammacam siputnye bentuknye.. mcmn nak hilangkan bau pelik pd roti? rs roti sdp.. tp baunye xleh thn.. bau ala2 mentega gitu..
BalasPadamnyumnyummm sedapnyaa..suka peanut butter..tq Rahel siap bg tutorial lg..InsyaAllah klu ada vitamin R nk menguli roti nnt harus cuba buat hihii ^^
BalasPadamwah sedapnya sarapan pagi makan roti yg gebu..rase teringin nak menguli pulak..
BalasPadammcm senang jer nak buat...huhuhu....
BalasPadamsalam rahel
BalasPadamcantiknya roti, aritu try meroti tapi keras hehe tak tau napa lama tak meroti kot
petang2 dtg sini blur2 tgk cara buat roti ni, kena dtg pagi2 studi slow2 baru dpt tangkap cmana nak buat
sedapnya. Bundo memang gemar peanut butter. Breakfast pun bundo selalu makan roti sekeping sapu peanut butter tapi selalu makan sendi kaki bundo sakit sebab kacang boleh naikkan tahap uric acid.
BalasPadamRoti rahel ni menguja betul. Nanti nak buatlah..
hai rahel... mmmmmm lama sungguh tak ke sini kan, bz sikit... berpintal2 rotinya tu, mesti sedap dengan inti peanut butternya
BalasPadamsedapnya tgk roti bun rahel ni...gebus la. ada simpan utk saya lagi tak?..nak tapau sikit ni...ehehe
BalasPadamtak tahan nengok roti tu...mesti cuba ni, ada pulak step by step...senang nak faham...lebih² bab memintal tu...TQ Rahel sebab memudahkan bagi yang x mudah nak faham like me...TQ
BalasPadammentega kacang...roti...teh o panas...mmg heaven..!
Tengok seperti senang sahaja untuk membuatnya.. Tq Kak Rahel kerana sudi ajarkan.. :)
BalasPadamWaduhhh enak bangat si... Rahel kalau buat segala macam jenis masakan yang guna yis memang cantik kejadiannya.. cayalah!!
BalasPadamSalam Rahel.cantik berkilat roti Rahel buat ni.suka bau roti yg baru keluar dr oven....
BalasPadamStrawberry Checkered Cake kat bawah tu cantiknya..nampakpun sedap
elok cantik rotinya rahel..kalau saya buat tak tau la jadik bentuk apa..hahahaha
BalasPadamwow...cantik berkilat roti mentega kacang rahel...enak nya..
BalasPadamcantiknye roti ni...tentu sedap ni...QH suka resepi ni...pasti akan dgodek roti ni nti...tgu yer...tq
BalasPadamhehe..akk dah silap drop komen tadi..mmg cute rahel, akk dah jatuh cinta ngan roti yg brpintal nie
BalasPadamcomelnya roti ni..
BalasPadamAs'salam Rahel
BalasPadamsekali masuk blog Rahel ni mcm nak terkam semua makanan kat sini hehehe. memang tabik lah kat Rahel yang sekarang ni makin mengancam dan meletop2 dah masakannya. geram pulak dengan roti ni cantik betul, nanti boleh dicuba jika kerajinan mendatang ya hehehe