Selamat petang dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semuanya? sihatkah? Kalau dah selalu buat roti makananya mod menguli sudah mari..jadi jangan heran kalau hari-hari gue tayang roti..sebaik-baiknya joinlah Rahel menguli doh...ahakss.
Bahan:
Untuk doh roti :
Bun Sosej
Sumber:Rahel
Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti
Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk
Bahan C:
30g unsalted butter
Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung
Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air
Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega
Cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.
2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.
3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.
*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.
*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.
*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.
10 batang sosej
Sedikit daun bawang kering
Sedikit mentega
Egg Wash:(satukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air
Cara membuat Roti Sosej Pintal:
1.Setelah doh diuli hingga kenyal.Timbang doh 50g setiap satu dan bulatkan. (lihat gambar di bawah)
2.Canai doh bentuk bujur dan letak 1 batang sosej di atasnya.(lihat gambar di bawah)
3.Hiris bahagian tepi kiri dan kanan doh (lihat dalam gambar di bawah ).
4.Mulakan memintal dengan mengambil hirisan doh sebelah kanan diikuti doh sebelah kiri. (lihat gambar di bawah)
5.Pintal kemas-kemas,sebelum sampai ke penghujung,pintal doh yang paling hujung (seperti pd gambar di bawah ni) dan last sekali pintal hirisan doh no 2 dari hujung dengan kemas.(cubit-cubitkan hujung doh agar tidak terlepas ketika mengembang).
6.Biarkan doh mengembang selama 50-60 minit.Setelah mengembang sapukan egg wash di permukaan doh dan taburkan daun bawang kering.(seperti pada gambar di bawah ini).Bakar Roti Sosej Pintal pada suhu 160'C selama 25 minit atau sesuai suhu oven masing2.
7.Setelah masak,segera keluarkan dari oven dan terus sapu permukaan roti dengan mentega.Hidangkan bersama minuman kegemaran anda.
Kak Rahel memang rajin menguli.. Kagum sangat.. :) Nur baru tahu cara pintal roti ni..
BalasPadamRahel.. cayang ini bukan terbaik... tetapi TERLALU TERBAIK!! cayalah! rajin lho...:)
BalasPadamRahel.....
BalasPadamKreatifnya awak buat bentuk cam gini...cantik2 sgt.....i <3
Fuyyooo... semenjak dua menjak ni rajin Rahel kongsi cara-cara bikin roti, mudah-mudahan banyak dapat pahala... beramal jarih kongsi ilmu yang bermanfaat... naiklah pula semangat nak ikut sama menguli tepung!
BalasPadamSedap.Nak buat la hari minggu ni...
BalasPadamsalam rahel..mehh kasi semangat meroti kt gue nihh...nampak sedapp sgt2
BalasPadamuish! menarik! boleh cuba ni kaedah membuat roti macam ni.
BalasPadamRahel...hehe berpintal pintal tu yang mahal sekali. Kita suka sangat roti ada sosej dan yang ada filings sedap kan.
BalasPadamwahhh akak pun baru tau cara nak pintal roti ni, mesti kena cuba
BalasPadamsalam rahel.. lamanya x singgah dapo ni..dah banyak terlepas menu2 menarik.. rumah pun dah bertukar langsir .... wah dah buat bisnes ya ..semoga bisnes maju ya ... cantik menawan roti pintal tu .. mood meroti masih terawang2 lagi neh hihih..
BalasPadamTERSANGAT suka roti sosej ni. Cuma belum pernah buat sendiri. selalu beli jer...ada step by step ni...boleh cuba nanti...TQ Rahel. Mmmg molek rupe roti tu...
BalasPadamrahel..tak pe kalau u tayang roti tiap2 hari pun..i suka tengok..hehehhe..pandainya rahel buat roti...suka la...saya roti letak sosej paling suka....:)
BalasPadamRahel xpe hr2 roti...QH suka..ni pon dh lama rasanye x mroti jugak..suka tgk kejadian roti tu...cantik n kemas..gebus pulak tu...
BalasPadamcantiknya roti mu Rahel..secantik tuan yg membuatnya.
BalasPadamRahel buat apa pun nampak kemas dan cantik...
ada lagi ke??? terbaik!!! saya suka dgn sosej ayam...
BalasPadamSo jeles tgk org rajin menguli nii hahaa..tq Rahel share kaedah nk balut roti tuh..nnt angin rajin dtg bleh lah yana cuba ^^
BalasPadamSalam kak rahel, sorry baru dapat singgah cni, line mmg slow mcm siput, rasanya kalau aku sempat tidur baru dpt full load ni, hehe...Sedapnya roti tu, bagus jgk kak rahel kasi tunjuk cara2 membuat roti tu, dpt jgk blajar sesuatu yg baru....
BalasPadamcantik dan kemas je roti Rahel..suka akak tngk..kalau dpt rasa yg baru kuar dari oven ni lagi best..makin bertambah sayanggg kat Rahel..he3..
BalasPadamSalam Rahel. cantiknya roti pintal sosej Rahel ni....elok jadinya.sedap buat minum ptg.nampak mudah je buat tp kena kumpul dulu kerajinan nak membuatnya...
BalasPadamAs'salam Rahel
BalasPadamya Allah menariknya roti pintal pulak dah hehehe. apa pasal rajin sangat Rahel ni, mana dapat kerajinan buat roti ni hehehe
salam Rahel..detail sekali teknik roti pintal tu..mmg sesuai tuk org cam sy yg baru nak belajar meroti..hehe
BalasPadam