Isnin, 11 Jun 2012

Macaroon Mentega Kacang

Selamat pagi kepada semua yang sentiasa setia melawat dapur Rahel.Diharap semuanya sihat dan ceria bersama insan yang disayang.Hem..berapa hari agaknya dapur Rahel sepi ek..hehe..tuan tanah skarang ni tengah melayan kesibukan..jadi masa untuk letak entry pun memang kureng sikit..mohon maaf kepada yang tak sempat Rahel terjah..nanti kalau senang-senang pasti akan dilawat satu persatu..tapi jangan lupa masak yang sedap-sedap tau..
Ok la tu..kita kembali pulak ke tajuk entry kali ni ''Macaroon Mentega Kacang'' yang sebenarnya plan nak buat macaroon oreo,tapi kerana tiba-tiba diserang mod suam-suam kuku ya jadinya diletak inti mentega kacang la..maka terjadilah macaroon mentega kacang..huhuhu.Kalau cerita bab macaroon ni memang ramai jugak kawan-kawan Rahel yang geram dibuatnya..slalunya cakap tak menjadik..cakap resepi tak ok la..dan macam-macam lagi alasan yang diorang bagi..tapi kan..Rahel memang ada cara nak pastikan sesuatu yang kita buat tu tidak gagal dan akhirnya membazir.

Caranya mudah aje..macam ni..bila kita nampak resepi yang terbaru dan menawan hati..apa lagi kalau nampak gambar yang cun...fuhhh lagi la berkobar-kobar nak menerai..pelajari betul-betul cara-cara untuk memproses resepi tersebut atau pun kena tunggu jugak resepi tu dah ditry oleh ramai orang..sebab setiap orang mesti ada tips dan triknya..jangan pulak biarkan diri kita dikuasai sifat tak sabar akhirnya merugikan diri sendiri.

Dulu time mula-mula nampak macaroon kat dapur kawan-kawan memang rasa teruja sangat nak mencuba,tangan ni memang gatal betul,tapi tak mo rugi la kalau buat tapi tak menjadi..takutnyee..bila dah nampak ramai kawan-kawan mencuba dan berjaya..baru la Rahel temui pak google untuk intai-intai resepi macaroon..dan akhirnya sampai pulak ke dapur Kak Azlita Masam Manis..sempat jugak Rahel try resepi tu dan hasilnya sangat memuaskan..boleh tengok di sini ye..
Untuk resepi kali ni Rahel guna resepi dari Majalah Rasa Edisi June 2011,kalau ada yang sempat membeli buku tersebut mesti nampak beberapa resepi macaroon yang dikongsikan oleh Chef Nora Fizah..sangat menarik tau..jom kita tengok pulak resepinya...

Macaroon Mentega Kacang
Sumber:Majalah Rasa/Chef Nora Fizah

Bahan A:
135g gula aising
90g serbuk badam

Bahan B:
75g putih telur
50g gula kastor

Sedikit pewarna hijau

Bahan Inti:
200g mentega kacang

Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan.Ketepikan.
2.Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagi adunan kepada tiga bahagian.
3.Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan pewarna hijau.Kacau perlahan-
   lahan menggunakan spatula.
4.Kemudian masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan-lahan lagi hingga sebati.
5.Masukkan pula bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan.
6.Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat-bulat.
7.Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering kemudian
   bakar dengan suhu 160'C selama 14 minit (Rahel bakar 20 minit).
8.Apabila masak angkat dan rehatkan seketika macaron.
9.Letakkan inti di tengahmacaron setelah macaron sejuk.Sedia dinikmati.

Selamat menikmati...

34 ulasan:

  1. Rajin betul kak rahel buat macaons ni, saya berani tengok jer.. takut nak buat, macam akak cakap takut membazir bila tak jadi.. tapi teringin nak buat.. ehe camne tu..

    BalasPadam
  2. Salam Rahel..wah comel-comelnye.Iza dah try buat tapi hampa x menjadi...

    BalasPadam
  3. Salam Rahel.alahai comei2nya macaroon Rahel ni...sukanya tengok...warnapun cun.rasa nak kidnap je sekali dg balang2 tu....hi...hii.
    belum ada keyakinan nak buat macaroon ni...

    BalasPadam
  4. alahai Rahel cantiknya macaroon tu akak ni dok inat dlm hati je nak buat tapi belum lagi terbuat,tengok resepi ni macam senang ek,insyaallah macam tk sabar jugk nk buat ni

    BalasPadam
  5. hadoi...meruntun jiwa sungguh macaroon itu...

    BalasPadam
  6. salam rahel, cantiknya macaoon! rajin betul rahel membaking :)

    BalasPadam
  7. aduhai macaroon,dah lm teringin nak buat tapi tak terbuat juga..nk kena cr mood rajin nie..hehe cantik macaroon rahel..

    BalasPadam
  8. aduhai macaroon,dah lm teringin nak buat tapi tak terbuat juga..nk kena cr mood rajin nie..hehe cantik macaroon rahel..

    BalasPadam
  9. comelnya....
    sekali ngap je hilang tu.

    BalasPadam
  10. mak aiii comel dan cantiknyerr... lom brani nak try smula setelah tragedi gepeng seabad dahulu.. hahaa

    BalasPadam
  11. Rahel.. bagi macaroon nya, melly belum pernah lah makan macaroon kasian kan.. ngeces nih.. hehe

    BalasPadam
  12. oh Rahel! Ndak sanggup rasanya sering2 menatap segala hasil air tanganmu yang molek2 belaka... hu hu u jeles tak pandai buat! memang Kak Amie kena belajar juga... belajar ... belajarrrr...

    BalasPadam
  13. Salam Rahel,
    Akak pernah buat sekali, tapi kakinya tak mau keluar, huhuhu.....terus tak buat sampai hari ni, tp kek aiskerim alhamdulillah menjadi....tks Rahel

    BalasPadam
  14. wah! sangat respek kepada orang yang boleh buat macaron sampai menjadi ni.

    BalasPadam
  15. cantik nyer macaroon nihh!! jeles tun nengok. tun xpandai lg buat macaroon. hihi

    BalasPadam
  16. Wah buat macaroon lagi kak rahel, nampak sedap ja,saya sampai skrg tak berani buat ni, hehe...

    BalasPadam
  17. Rahel...comelnya macaron awak. Hehe saya tak pernah buat lagi insyallah dengan resepi awak nie saya akan cuba..

    BalasPadam
  18. Rajin buat macarons...saya buat masa skg berani tengok jer. Belum berani nak cuba buat sebab ada kwn² yang cuba tappi x menjadi...so takut...

    BalasPadam
  19. salam rahel

    wah cantiknya, saya penah try tapi tak menjadi, terus takmo buat dah hehe

    seram tak jadi lg, rugi je barang

    BalasPadam
  20. Terima kasih to kawan2 semua yang setia melawat dapur Rahel...cayang awak semua naaa..

    BalasPadam
  21. slm rahel, memang cute n menggoda perasaan.. smpai skarang blom try2 lg.. tkut kecundang.. tangkap leleh nengok gambo macaroon adik2 blogger je la..huhu..

    BalasPadam
  22. nk tepuk dlu..tahniah bjaya jugak mhasilkan macaroon yg comei tu...geram tgk..QH pon kalu buat macaroon tang filing sikit malas nk buat..hihi..mnarik jugak yer guna mentega kacang tu..nk cuba malas la pulak..hihi

    BalasPadam
  23. comel pulak tengok macaron trgolek2, pssssstt...., akak tak pernah rasa lagi macaron tauu...(jakun juga nak rasa, tp malas pulak nak buat)..aapa punya orglah aku nie..huhu

    BalasPadam
  24. Sini pun ada macaroon jgk!! cantik..jeles tul tgk org bt macaroon cantik niii..yana xbrani nk bt lg..nk mkn asyik beli jer tp klu beli cnfem manissssss yg teramat sgt ^_^

    BalasPadam
  25. comel2 nye...banyak buat..? hulur2 lah kt ucu yg tengah kelaparan ni...hahaha..

    BalasPadam
  26. Assalam Rahel cayang...waduuhh terlambat sudah la akak ni...ada lg x simpan tuk akak macarons tu...alahaaii mmg best makan, silap2 kencing manis menyerang lak kalau x ingat masa makan...hehehe... sesekali xpa la kan... Comel2 jek macs Rahel ni... ^__^

    BalasPadam
  27. aduhh..tergugat tgk macaron yg cenonet 2.....btw klu xletak serbuk badam blh x???

    BalasPadam
  28. Cik Honney...
    kalau tak letak serbuk badam tu bukan macaron namanya...sebab bahan utama yang mesti ada ialah serbuk badam..tq.

    BalasPadam
  29. Wah comel betul macaron ni.. Rajinnya.. Belum pernah merasa lagi.. Kesian kan... :(

    BalasPadam