Khamis, 14 Jun 2012

Chocolate Brownies

Selamat pagi kepada semua yang setia melawat dapur Rahel pagi ini..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga terchinta.Pagi ni gue hidang Brownies Chocolate tanpa telur bersama teh o hangat..perghh enak banget..dah la moist lembut pulak tu..siok lah.



Sebenarnya kan..semalam tetiba terpandang brownies kat dapur Yana Shaiful,setelah dibaca bahan-bahannya memang tersangatlah simple..dan kebetulan dah lama jugak gue tak buat brownies,tanpa membuang masa malam-malam selongkar dapur cari bahan-bahan..sambil on line sambil bakar brownies..betul-betul senang punya kerja kan..
Ok la,kepada yang berminat untuk menerai brownies coklat tanpa telor ni dipersilahkan,memang tak rugi punya,banyak sedap wo.Terima kasih kepada Yana Shaiful kerana mengwar-warkan chocolate brownies yang mantap ni..jom kita tengok pulak resepinya.

Chocolate Brownies (tanpa telur)

Sumber:Yana Shaiful & Nuwairani

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
Kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara:
1.Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.

2.Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.

3.Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan hingga sebati.

4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Tabur kekacang atau choc chip rata-rata.Bakar pada suhu 160'C selama 25-30 minit.

5.Adunan brownies ini juga sesuai dibakar di dalam cawan kertas,isikan adunan hingga 3/4 cawan kertas.Bakar selama 20 minit.


Selamat menikmati Brownies Chocolate tanpa telur.

26 ulasan:

  1. tiap kali dtg sini mst Liza telan air liur....hihihihi
    mmg nmpk sedap banget brownies tu, dapat jimat telur lg....

    BalasPadam
  2. Hi rahel.. wah wah memang sedap sgt itu brownies.. terasa kat anak tekak ni aduhai bila ya nak wat.. pa pa pun thx Rahel coz share kan resepinya

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. brownies akak suka ni sbb kaler dia tu hitam2 sitampuk manggis walaupun hitam tapi manis dan sedap ehe,akak pun nak jugak resepi ni

    BalasPadam
  5. mantop ni Rahel..mudah je kan resepinya, terhingin la pulak nk ambil, tp tak sampai..

    BalasPadam
  6. alahai sedapnya brownise ni...
    kalau dekat dah ngendeng sepotong dua...

    kena pulak air teh o panas2 kurang gula pheww.. memang sedap he..he..

    BalasPadam
  7. Liza,
    itu la cabarannya kalau singgah dapur Rahel..tak boleh diet..hehe..

    Choco Ani..
    hehe..Rahel yang makan tapi terasa kat tekat Kak Ani..wah..kena buat brownies nampaknya..

    Kak Noor,
    memang si hitam manies la namanya brownies ni..silahkan dicuba ye kak..memang sedap..

    Kak Rohah,
    kena buat brownies la tu...hehe..

    Balqis Nazid,
    thanks ya kos sudi singgah n kasi komen manis..klu dekat bole kita mkn bersama brownies ni..buat air teh o kurang manis satu jug..

    BalasPadam
  8. salam rahel, ni lah 1 mknan yg akk x akn tolak walaupun perut dah kenyang..hehe..

    BalasPadam
  9. Hello Rahel..hehe love bawakan brownie horlicks ni ha!!

    Nak tukar ngan eggless brownie Rahel lah..mengancam kaler dia...suka suka suka!!! :)

    BalasPadam
  10. ~~nk tumpang mkn brownies kat sini pulak hihii..sedap kan brownies ni wlaupun xde telur..lpas ni bleh bt lg..save skit telur hahaa ^^

    BalasPadam
  11. Rahel.....kita pun nak juga...sekeping boleh...hehe...nampak sedap tu.

    BalasPadam
  12. n pminat brownies dh mai ni...hihi..Rahel..mmg betul2 sedap yer brownies ni..teruja pula nk cuba jugak..QH nk amik resepi ni yer..tq

    BalasPadam
  13. kite dah buat banyak kali! jimat telur di rumah. heheh

    BalasPadam
  14. Hi kak rahel, buat brownies pulak ya, nampak sedap...

    BalasPadam
  15. mmg nmpk sgt moist brownies nih ^^ tun suka makan, x berani nk buat byk2 kali sbb mmg xleh nk control makan.. selagi x habis, selagi tu duk mengunyag. hihi

    BalasPadam
  16. demam brownies tak pernah kebah...kalau dah buat mmg payah nak kontrol makan. Seketul jadi 2...jadi 3 lelama abis seloyang...

    Nampak sedap...bronies dan teh O tu....adusss...mcm nak terkam jer.

    BalasPadam
  17. ferghhhhh....deguk degak saya telan air liur nih...cemana tu??

    BalasPadam
  18. memang simple resipi tu.. cantik dan sedap!!! ada lagi tak??

    BalasPadam
  19. Izin ambik resepi ye Rahel,simple je resepinya...I like...nanti leh try.

    BalasPadam
  20. salam rahel

    dahlah saya memang sukaaaaaaa sangat brownies

    nanti boleh try, simple & paling best takguna telur, jimat sikit hehe

    BalasPadam
  21. sedapnya tngk brownies Rahel ni, lama tak buat..nak wat gaklah..pandai adik akak goda ya..he3..

    BalasPadam
  22. Slmt berhujung minggu Rahel.
    nampak moist brownies choc ni...tentu sedapkan. sukatan dan bhn2pun mudah....harus cuba ni...

    BalasPadam
  23. hai Rahel.. cukuplah kak amie ambil sepotong aje, kak Amie ingat kat orang belakang ha ha ha hhh tapi minuman secawan tu kak Amie punya weh!

    BalasPadam
  24. Rahel...hasil tangan kamu mmg sangat cantik skalai...saya mmg kagum..

    BalasPadam
  25. lama tak singgah dapur Rahel... suka amat coklat brownies tu... pekat & likat coklatnya..

    BalasPadam
  26. Ni yg M tak tahan tgk nih! Sedap la Rahel. Coklatnya pekat melekat sampai M terpikat...

    BalasPadam