Selamat bertemu kembali dan salam manis kepada semua.Hari ni Rahel try pulak masak Nasi Yogurt untuk hidangan tengah hari.Pertama kali nampak nasi yogurt kat dapur Yana Shaiful terus berkenan..memang senang nak dapat bahan-bahannya..mudah pulak cara penyediannya...walau pun namanya nasi yogurt tapi taklah masam..nasinya moist dan sedap..secukup rasa..hehe..dan Rahel gandingkan dengan Sambal Ikan Tongkol..perghhh sedapnya..sempat tak toleh kiri dan kanan.Terima kasih pada Yana Shaiful kerana memperkenalkan hidangan nasi yogurt.Rahel nak panjangkan pulak resepinya kat sini...silahkan dicuba yea..
Nasi Yogurt
Sumber:Yana Shaiful
Bahan:
3 cawan beras basmati
1 cawan yogurt tanpa perisa
2 cm halia-dicincang
1 ulas bawang putih-dicincang halus
1/2 labu bawang besar-dicincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu besar gula
5 cawan air
Kismis secukupnya
Pewarna kegemaran (Yana & Rahel tambah)
Cara:
1.Cuci beras dan rendam selama 20 minit.Kemudian toskan.
2.Panaskan minyak sapi dan juga mentega.Tumis buah pelaga,kulit ky manis,bg lawang,bunga cengkih & juga bahan yg dicincang sehingga wangi.Masukkan beras & kacau sehingga sekata.
3.Masukkan air,kiub ayam,yogurt,gula & garam.Masaklah nasi macam biasa.
4.Bila air dah kering masukkan kismis & kacau nasi biar semua bahan2 sekata.
5.Titikkan pewarna kegemaran ketika nasi sudah masak.Kemudian gembur2kan nasi hingga bercampur kesemua warna.
Sambal Ikan Tongkol
Resepi:Rahel
Bahan:
400g ikan tongkol-bersihkan-potong kecil}
1/2 sudu makan asam jawa}
sedikit garam},disatukan dan gaul rata
7 ulas bawang merah-dihiris*
2 ulas bawang putih-dihiris*
2 biji buah keras*
1 batang serai-ambil putih dan hiris nipis*
1 inci halia-dihiris*
1 inci lengkuas-dihiris*
2 lembar daun limau purut
1 1/2 sudu makan gula pasir
5 tangkai cili merah*
7 tangkai cili api*
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil asam jawa-bancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
Cara:
1.Goreng ikan tongkol sehingga masak.Angkat dan toskan.
2.Kisar bahan bertanda* dengan sedikit minyak dan air sehingga hancur.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar,daun limau purut hingga pecah minyak.
4.Masukkan pula air asam,gula,serbuk cili,kicap manis dan garam.Kacau sebentar.
5.Masukkan ikan goreng tadi,gaul mesra.Angkat dan sedia dihidang bersama nasi yogurt.
Selamat menikmati Nasi Yogurt dan Sambal Ikan Tongkol.
salam rahel.. nmpk enak banget nih.. tun pun terliur masa kak yana tunjuk aritu, tp xde yogurt pulak kat rumah.
BalasPadammemang betul nampak sedap apalg ada sambal ikan tongkol tu.. feberet akak tu.. hehe..
BalasPadamakak baru je masak nasi hue baru2 ni.. tp lom sempat nak n3 lagi.. tunggu Q.. hehehe...
nampak sangat sedap..mesti rasa creamy2 kan ;) terliur cikwan tengok..
BalasPadamaduh sedapnyaaaaaa nasi yorgut tu rahel...
BalasPadamrajinnya dia...ade aje menu yg sedap2 setiap hari...kita ni aje la tliur tgk hari2..hihi
BalasPadamSore Rahel.. mau dong.. kalo nasi nya dah abis, ikan tongkol nya juga boleh deh.. ngecess
BalasPadamnasi yogurt ni juga mas tak buat2 lagi..he3
BalasPadamnampak sedapp sangat...
Nasi yogurt dh smpai sini dh..sedapkan rahel..mula2 yana igt masam jgk mcm yogurt tu hehee..lepas ni nk try mkn dgn sambal ikan tongkol pulak.. best jgk tu..asyik mkn ayam jer :-)
BalasPadamsalam rahel,aduii terliur lah akak tengok nasi yogurt ni,lagipun anak2 mmg suka sngt nasi tumis gini thnks respei nya nnt akak nk cuba lah..
BalasPadamsedapnya tgk nasi rahel ni..dah masuk list dah resepi ni tapi belum cuba lagi:)
BalasPadamSedapnya nasi yogurt dia... Rahel guna ikan tongkol hitam ye...
BalasPadamnampak sedap je nasi yogurt ni tau..mengugat iman..^__^
BalasPadamSimilar to my ghee rice..yoghurt sememangnya good addition to ghee or briyani rice. Nak tapau nasi yoghurt Rahel...sedapnyaaaaa! Tukar ngan my fried egg sambal boleh tak..hehe ;)
BalasPadamsuka bangat nengok nasi tu... tak dapat lauk, nasi pun jadilah... sepinggan aje...
BalasPadamsalam rahel..sedap ye..acik tringin jugak nak mencuba ni..
BalasPadammmmm.. sedap.
BalasPadamMasuk sini mesti mata terjojol dan perut berbunyi!
BalasPadamKo memang taiko segala jenis nasilah Rahel! terbaikkk!!!
salam rahel
BalasPadamlaparnya tgk nasi yogurt ni, lawan dgn ayam masak merah mesti sedap kan, weekend ni kalau rajin boleh lah try
terliur nye...sy pun suka masak nasik guna yogurt...tapi nasi beriyani le...act dah 2 hari tak makan nasik...lapar nasik nih...
BalasPadamTerima kasih semua kerana sudi singgah n kasi komen manis...cayank kamu semua...
BalasPadam