Khamis, 17 Mei 2012

Chilled Blueberry Cheese Tart

Selamat petang dalam selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria.Agaknya belum terlambat lagi untuk mengucapkan ''Selamat Hari Guru'' kepada semua guru.

Nak jadikan cerita macam mana terjadinya chilled blueberry cheese tat ni.Walaupun sudah lama kejadiannya tapi hati tergerak jugak nak share ceritanya..ni khas untuk yang tak punya banyak waktu di dapur..dulu kan..kadang-kadang Rahel buat tat shell dan letak dalam bekas kedap udara,so bila2 je kalau nak buat tat tak payah pening2 lagi nak siapkan pastrinya..tinggal nak buatkan inti jer..jadinya jimat masa.

Ceritanya macam ni,pada suatu masa dulu ada seorang kawan nak buat sambutan ulang tahun anak dia..awal-awal lagi dia pesan kat Rahel agar menghadirkan diri dalam pesta tersebut..dan dia kata nak buat acara yang sederhana jer...masa tu Rahel pun ok je..takde masalah,tapi kan..bila dah sampai harinya..alamak!! terlupa la..satu jam lagi nak bermula acara potong kek...tiba-tiba punyi talipon..hellooo Rahel dah siap k? (tanya ibu budak tu)..hah siap apanya? (bertanya kembali)..eeee dah lupa k ari ni ulang tahun c putri? skejap lagi nak potong kek aku tengah tunggu ko sampai la...

Punyalah Rahel terkejut time tu..mana hadiah belum beli...perasaan malu bercampur mari sudah..nak keluar beli hadiah pun memang dah tak sempat..tapi kan teringat pulak yang c putri tu memang suka makan kalau Rahel bawakan buah tangan berupa kek dan biskut..berseri-seri wajahnya makan.Bila Rahel ingat2 ada cream cheese ada blueberry filling ada whipping cream dalam esbok..dengan sepantas kilat bahan2 dikeluarkan dari esbok..ingat lagi time tu..cream cheese terpaksa dipotong kecil2 agar cepat lembut dan senang diputar...Rahel pun tak sangka tiba2 muncul idea untuk buat tat yang sebegini..tak sampai 30 minit ''Chilled Blueberry Cheese Tart'' dah siap dengan cute2nya dan disusun rapi masuk kontainer..

Tanpa membuang masa,Rahel terus cepat-cepat ke rumah c putri..dari luar rumah lagi dah berseri-seri wajahnya melihat buah tangan yang Rahel bawak walaupun dia tak tahu lagi yang Rahel buatkan tat je..dengan selamba gue kasi dia itu tat..perlahan-lahan dia buka kontainer tu...hhhhhhhhhhhhhh..auntie Rahel cantiknyaaaaa kuih ni...kuih apa ni?..jadi gue kasitau dia..ni namanya tat blueberi keju...suke tak? putri suka..cantik la..(senang hati gue time dengar c putri cakap suka).

Selepas acara potong kek yang pertama dihentam ialah blueberry cheese tat..kek harijadi dah tolak tepi..apa lagi..c putri bersama kawan-kawannya dah kendurikan blueberry cheese tat tu sampai licin..kata c putri nak order lagi kalau dia buat harijadi..hikhikhik...akhirnya gue kasi nama tat ni ''Chilled Blueberry Cheese Tart'' sebab sepatutnya nak kena sejukkan dalam esbok sebab menggunakan campuran whipping cream..tapi kalau setakat nak letak kat luar 3-4 jam pun masi ok gak..cuma tak fresh sangat la rasa dia..ok la tu...jom layan dulu ''Chilled Blueberry Cheese Tart''
Chilled Blueberry Cheese Tart
Resepi:Rahel

Bahan pastri manis:
80g mentega tanpa garam
180g tepung gandum-diayak
50g gula aising-diayak
1/2 sudu teh susu tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan kuning telur
1/2 sudu makan putih telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat pastri:
1.Guna tangan,gaul mentega,garam,gula aising,telur & esen vanila hingga sekata.
2.Masukkan tepung gandum dan susu tepung.Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3.Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat.Buat sampai habis.
4.Bakar tat dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200'C selama 25 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam kemudian keluarkan tat dari acuan.Biarkan sejuk.

Bahan Inti Blueberry Cheese Cream:
250g cream cheese-biarkan pada suhu ruang
100g non-dairy whipping Cream-diputar hingga gebu dan bertanduk
70g gula aising
4 sudu besar blueberry pie filling
Blueberry pie filling secukupnya untuk inti tat.

Cara menyiapkan Chilled Blueberry Cheese Tart:
1.Isikan 1 sudu kecil blueberry pie filling ke dalam kesemua tat.Ketepikan.
2.Putar cream cheese,gula aising hingga licin.Tambahkan 4 sdb blueberry filling dan
   teruskan putar hingga rata.
3.Masukkan whipping cream dan kaup balikkan hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream cheese ke dalam bag piping yg sudah diletak nozel bulat.
5.Paipkan blueberry cream cheese ke dalam tat tadi.
6.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Selamat menikmati Chilled Blueberry Cheese Tart.

34 ulasan:

  1. wah Rahel mmg mnarik tgk CBCT tu...kemain cantik lg cis tu naik...hihi...ade lg x...bg la 2 ketuiii ka..hihi

    BalasPadam
  2. hi rahel
    waduuuuh penuh fillingnya tuh
    terliur nih

    BalasPadam
  3. Assalam Rahel...akak sebenarnya baru nak komen kat Nasi Yogurt dah keluar pulak tart ni...Cantik jer filling tuh...mesti sedap eh sejuk2 masuk tekak...adeeii rajinnya adikku sorang ni...berdesup2 entry nyaa...keep it up dear!

    BalasPadam
  4. sedapnya rahel.....ptg2 nie klu makan chilled blueberry cheese tart....

    BalasPadam
  5. nyumnyumm..sedapnya klu dpt 3 4 bijik nii..geram nk amek hihi ^_^

    BalasPadam
  6. comel dan cantik warna purple tu

    BalasPadam
  7. very tempting your chilled cheese tart... ogyep pun post n3 cheese tart juga...

    BalasPadam
  8. Bukan Puteri aje suka.. gue pun suka lah! hah! bak semua tu ehheheheh

    BalasPadam
  9. salam rahel,akak pun dah jatuh cinta pandang pertama dgn tart ni dah baca satu persatu ada dua tiga barang yg tkde kena cari dulu pastu nk buat jugak menarikssss sangat nenek puteri tengok hehee

    BalasPadam
  10. dasat la kak rahel. boleh terfikir mo buat kuih ni. kalau nani konfem beli biskut chipsmore di kedai ja la bagi budak tu.

    BalasPadam
  11. sgt kiut ...dan pasti sedap...mmg kretip..go rahel go!

    BalasPadam
  12. mmg comel sgt...sy pun selalu ada spare tart shell... boleh guna disaat2 kecemasan ;)

    BalasPadam
  13. bestnya ada resepi yg simple2 cmni...thnx ye rahel,nnt akk try....lap uuu,hihihhihii

    BalasPadam
  14. alahai....jgnkn puteri kalo sy pun sama sukaaaaa hihihi nak..nak..nakkkk....

    BalasPadam
  15. waaaa....geram tgk filling nya, megancam....yummy!!

    BalasPadam
  16. owhhh ada cerita disebaliknya upanya..he hehee tp gud idea lst minute..bole try jgk nnt ye:)

    BalasPadam
  17. comelnya.. idea bernas la rahel. thumbs up~

    BalasPadam
  18. sangat menarik dan kreatif lak tu..sedapx3..bila dapat rasa ni rahel?..hehe

    BalasPadam
  19. hadoyyy.. sedapnyer nampak Rahel..

    BalasPadam
  20. salam rahel

    sedap ni, blueberry dgn cheese, heaven

    BalasPadam
  21. wah Rahel ....
    memang cantikkk menarik tgk CBCT tu...

    BalasPadam
  22. meriah nampak, cute..laju masuk mulut kalau dapat kat akak ni..

    BalasPadam
  23. oh Rahel! Kak Amie baca cerita tu, kakak pula yang rasa berdebar membayangkan tempoh 1 jam nak buat persiapan untuk si puteri! Memang Allah telah anugerahkan tangan sakti kepada Rahel! Kalau kak Amie kan.... he he hehh dalam tempoh tu hanya lempeng atau cekodok je yang boleh kakak buat ha ha hahhhh

    BalasPadam
  24. Bilalah nak buat tart casings ni. Tentu sedap, sejuk menyegarkan bila makan cheesetarts macam ni...

    BalasPadam
  25. Super duper cute! Sure sedap kan..

    BalasPadam
  26. Super duper cute! Sure sedap kan..

    BalasPadam
  27. as-salam Rahel
    Wow sedapnya blueberry cheese tart..mmg cantik!!!!

    BalasPadam
  28. salam rahel.
    Menarik. tart shell yang bundo buat dua minggu sudah belum dibubuh inti lagi. haa.. malasnya.
    nak kena buat jugak ni.

    BalasPadam
  29. hhehehe..bila dah tergempar macam2 idea dtg ye rahel..hehhehe

    BalasPadam
  30. hai lama x singgah cni, bzy la konon2nya...bestnyer cheese tart dgn inti whipcream..mst rasenya main meletop nie..mcm tau2 je ain pun mmg nak buat cheese tart..leh try resepi rahel nnt.

    BalasPadam
  31. yg nie mmg dah lama dah teringin nak buat tp smpikan skg pun diana x buat2 lg.. hehehehe... cantik cheese tart yg rahel buat nie.

    BalasPadam
  32. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah...

    BalasPadam