Salam semua.
Puji dan syukur pada Ilahi kerana masih memberi waktu untuk Rahel bernafas hingga ke saat ini..tak terbalas kasihNya yang sangat besar dalam kehidupan ini.Isnin 05,Mac genap la usia Rahel Benyamin 32 tahun,hem dah tua ni...larat k nak habiskan kek coklat ni...
Sebenarnya dah berapa kali Rahel buat kek coklat guna resepi ni,tapi tak jemu-jemu gak,mungkin kerana ianya sangat mudah disediakan dan hasilnya sangat memuaskan.Ada jugak di antara teman blog n facebook yang telah mencuba resepi ni,walau pun keknya merekah ketika dikukus namun hasilnya tetap menyenangkan gitu,tapi kadang Rahel bakar je kek ni dan hasilnya lebih kurang sama..dan kepada yang nak mencuba kek coklat ni di jemput singgah.
Kek Coklat Kukus Basah
Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur gred B
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Cara-cara:
1.Ayak tepung,soda,serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Di bekas yang lain pukul telur,susu pekat dan gula dengan jaring.
3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
4.Masukkan minyak masak,kacau rata.
5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
6.Griskan acuan bulat 8'' dan alas dengan baking paper.
7.Tuangkan adunan.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Setelah kek masak,biarkan benar-benar sejuk,kemudian bahagi dua lapisan.
Inti dan Topping Kek Coklat Kukus Basah
Sumber:Rahel
Bahan:
230g coklat masakan,dipotong kecil
100g coklat masakan,disagat halus
135ml dairy whipping cream
4 buah kiwi,dihiris nipis
250g keju krim,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
90g mentega
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon
ceri marachino secukupnya untuk hiasan
Cara:
1.Panaskan whipping cream hingga mendidih,kemudian tuang ke dalam 230g coklat masakan yg telah dipotong kecil,kacau rata hingga coklat larut.Ketepikan hingga sejuk dan agak pekat.
2.Di bekas yang lain,pukul keju krim,mentega dan gula kastor sehingga lembut,masukkan esen vanila dan jus lemon.Pukul rata.Masukkan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel muncung bulat.
3.MENGHIAS KEK:Ambil satu lapis kek,sapu permukaan atas dengan coklat.Paipkan krim keju di atasnya (bentuk lingkaran).Susun satu lapisan hirisan buah kiwi di atas keju krim (jarakkan).Tutup dengan satu lapisan kek lagi.Paipkan sedikit keju krim di tepi kek,ratakan.Hias tepi kek dengan coklat yang disagat.Sapu lagi permukaan atas kek dengan coklat,kemudian paipkan lagi keju krim di atasnya (bentuk lingkaran).Hias dengan hirisan buah kiwi dan buah ceri.Letak dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dihidang.
Note:
Keringkan hirisan buah kiwi dengan tisu dapur sebelum diguna.
Untuk mengkilatkan buah,sapu dengan gel aprikot.
Rahel nak ucapkan banyak terima kasih kepada rakan Fb n geng masak-masak yang telah memberi ucapan dan mendoakan kesihatan dan kebahagian Rahel...semoga anda semua diberkati olehNya dan dimurahkan rezeki.
wahhhh...cantikknya kek...
BalasPadamnampak mewahhh..
happy birthday rahel...
salam Rahel,
BalasPadamselamat harijadi...semuga shat serta panjang umur.
salam Rahel,
BalasPadamselamat harijadi...semuga shat serta panjang umur.
hapy besday Kak Rahel....
BalasPadamsemoga panjang umo n murah rezki...
sedap nmpk kek tu...
skrg ni kek besday pon wt sdri aje kan...lg puas hati...
QH pon plan cmtu jugak nti...hehe
Wadduh!! geramnya tengok kek hrjadi tu... rasa nk ngap jer sepotong... nyam2x...
BalasPadambtw Happy belated b'day Rahel... semoga ceria & bahagia selalu...
Waaaaaaaaaaaa....terliurnya tengok kek besday Rahel ni...coklat pulak tu...aiiii liiiikkeeee....hehe. Rajin dia wat kek besday sendiri, kalau akak xmooo...masak nasi goreng lg sedap...hahahhahaa, sebenornya malas nak baking... ^__^
BalasPadamselamat ulagtahun kelahiran Rahel.
BalasPadamHappy bday to kak Rahel...God bless : )
BalasPadamHappy Belated Birthday Rahel....sorry lambat ya.....anyway all best and may all the good things happen to you dear.
BalasPadamDear Rahel.. Happy belated Bday my friend, wishing you all the happiness, many more bday to comes.. ;)
BalasPadamCantik cake nya.. btw.belum tua lagi, melly lebih tua dari Rahel *wink
cantiknya kek b'day dia....happy b'day rahel..:)
BalasPadamhappy birthday... ehm menyelerakan kek itu... kalau akak boleh habis punya....
BalasPadamhappy birthday kak rahel...
BalasPadamsori lambat,hhehehhe...
meh sini mie tlg makan banyak kek tu...ngeh3..
Salam Rahel, sory lambat wish kat sini, akak tak berapa sihat beberapa hari ni..Apapun "Selamat Hari Lahir" buat Rahel..Moga diberkati segala kehidupanmu..
BalasPadamhappy birthday rahel, moga lebih sihat, kaya & berjaya
BalasPadamsedapnya kek coklat tu, terliur tgk hehe
hepi burppppday ke tu yu...kita lahir dalam bulan yg sama laa...mesti ada persamaan kot..tang apa ye..suka makan kot...huihui...
BalasPadamcantik kek rahel...menawan kalbuku!
slmt ulangtahun ya Rahel...smg sihat2 selalu...kek tu meh la sepotong....seius nmpk sedapppp!
BalasPadamkalo sy malas sgt buat kek utk diri sendiri..hehehe
Terima kasih banyak kepada semua yang memberi ucapan harijadi dan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Rahel...
BalasPadamMas
CitarasaKu
Qasey Honey
Gee
Kak Ummi
Ixa
Evelyn Gemina
Kak Paty's Kitchen
Melly Oktaviana
Quinnie
Cho Zila
Mimiey
Kak Rohah
Tina Othman
Chah
Ummiaisyah
Hepi belated besdey Rahel....mude lagi tuu....hihihii
BalasPadamHmmm bestnyer dpt mkn kek cekelat basah tuu...cam da terasa lam mulot nih....
Mimie..thanks..hehe..kek dah abis la..
BalasPadam