Khamis, 15 Disember 2011

Mufin Durian Kukus

Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya hari ini? harap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Tajuk entri kali ni belum lari  daripada durian,so kepada yg gemar makan durian tu..memang suka la kan..tapi yang mabuk durian tu maafla..tengok-tengok je kan dan ambik bau je..

Oh ya,mufin durian ni Rahel buat awal pagi untuk sarapan..sedap sangat rasanya,penuh dengan rasa durian & lembut  je mufin ni walau pun dah sejuk,bahan2nya pun senang  nak dapat & begitu mudah disediakan..oklah,seperti biasa resepinya akan menyusul.

MUFIN DURIAN KUKUS

Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak

sedikit pewarna hijau

Cara:
1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
   hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.




9 ulasan:

  1. Rahel..nak gi beli durian..Kak Ros suka durian tapi tak pernah pikir nak buat muffin durian.Nak cuba jugak.

    BalasPadam
  2. salam rahel....xaci la, suruh org telan air liur dulu.....kejammmmm....hihiihhi

    BalasPadam
  3. okey..ucu dah telan air liur,
    dapat tak ucu bawa balik semua muffin tu....?

    BalasPadam
  4. banyaknya stok durianmu Rahel, bagi-bagi bah sama Amie... ngences tengok muffin durian yang sungguh menggoda tu, kena tunggu durian di kebun gugur... nak buat jugak!

    BalasPadam
  5. dah tergoda dgn bau wangi durian ini..waduss..en.hubby still mkn ubat lg..xleh mkn doyan..yana tumpang mkn sini dulu lahh ^__^

    BalasPadam
  6. As'Salam Rahel

    Ya mesti sudah habis ni kan. Buat pagi k.ct datang dah petang.. banyak kerja nak buat jadi terlewat masuk dapur Rahel.

    Nampak lembut dan mois ni Rahel kena tengok jerlah ni ya tak dapat makan..hehehe

    BalasPadam
  7. jalan2 petang ni sebelum line jam.. alahai hujan2 kat sini ... line tenet low betul huhu... sedapnya muffin lagi.... bila nak memuffin pulak ni ... mesti sedap rasa durian .. mantop..!!

    BalasPadam
  8. Puan Ros..
    dengan senang hati..dipersilahkan beli duyan n buat mufin byk2 ek..bole post kat sini gak..


    Liza..saja suruh telan air liur dulu...kemudian buat la mufin..hihi..


    ow..baeknya Ucu Faridah..silahkan2 ambiiiik..


    hehe..Kak Amie..
    memang kira byk gak stok duyan ni,ada kwn hubby bagi..so ni la hasilnya...mufin duyan..buat la ye kak..


    Yana Shaiful..
    memang tak boleh kan mkn duyan klu tengah mkn ubat? sabar je ala..nanti ok la tu.


    Tima kasih Paty's Kitchen..


    Wsalam Kak CT..la iyo uda abis baru akak sampe..hehe..


    Wani..
    klu time hujan2 kan..line tenet pun ikut slow gak..tu yang bikin fening tu..tapi dah ilang bab mkn mufin duyan tadi..

    BalasPadam