Khamis, 15 Disember 2011

Ikan Kering Masak Lemak Cili

Salam...tengah buat ape? k lagi intai-intai  resepi?  waa kat blog list banyak betui hidangan yang menggiurkan..silau mata hitam gue..tak tau nak terjah yang mana dulu..semuanya best2...Rahel punya hidangan biasa-biasa aja...masak ikut selera tekak sendiri..bab sendiri juga yang ngadap semua..hehehe..


Oklah,kawan-kawan..kali ni menu Rahel memang  simple jer dan sentiasa  simple,sebab masih  kekalkan cara  yang  lama-lama,so jangan hairan  kalau  hari-hari tengok masakan yang guna bahan siiiikit je...tapi itulah cara Rahel yang sebenarnya.ini kerana selalu nampak emak dulu masak tak payah guna banyak rempah dalam masakan tapi rasanya sangat sedap..dan yang penting secukup rasa..kalau banyak rempah pun tak guna jugak kalau tak reti nak seimbangkan rasa dia kan? so masaklah apa adanya.Ok,kita tengok pula resepi ikan kering masak lemak cili ni...


Ikan Kering Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
180g ikan kering (guna ikan kurau)-rendam dengan air 30 minit,cuci,toskan
7 tangkai cili padi merah*
2 tangkai cili merah,hiris
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 lembar daun bay
120g kacang buncis,buang urat-potong
1 batang carrot,bersihkan-potong
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
3 cawan santan sederhana pekat

minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Goreng ikan sampai masak.Angkat dan toskan.Tumbuk halus bhn bertanda*.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk dan dau bay
   hingga naik bau.
3.Masukkan santan,biarkan mendidih.Kemudian masukkan carrot,cili merah,
   kacang buncis dan serbuk lada putih.Biarkan hingga 1/2 masak.
4.Kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama garam,serbuk pati ayam dan
   gula.Biarkan mendidih sekejap.Kemudian angkat dan hidang.


Selamat menjamu selera..

20 ulasan:

  1. haiya.... Rahel, tengah2 malam hidangkan ikan kering masak lemak cili ni apasal...adeeehhh kena cari nasi putih ni...buat sahur..ha hahah

    BalasPadam
  2. Rahel ini boleh buat kak ros makan nasi berpinggan-pinggan ni.,.

    BalasPadam
  3. Rahel.... sedap ni..saya suka gulai ni... time mkn kene prepare nasi lebih...hihiihih

    BalasPadam
  4. waaaaaa..sedapnya. peberet i ni gulai ikan masin

    BalasPadam
  5. As'salam Rahel

    datang singgah pagi2 kot2 boleh bawak balik lauk dari Rahel ni. sedapnyaaaaa...ngences dah ni. ada ikan kering lagi lah makin lapor ni..hehehe

    Betul tu Rahel, masakkan kalau lebih sangat rempah akan rasa lain sikit. k.ct kalau masak pun ikut selera juga kalau nak tambah atau kurangkan terpulanglah nanti kan..

    BalasPadam
  6. K Rahel...
    Yang ni boleh buat nurul makan berpinggan2... fav kalau masak ader ikan kering ni.... :)

    BalasPadam
  7. biarlah yg biasa2 je...kalau ada yg luar biasa, lain pulak kan jadinya..betul x rahel..?

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Rahel,

    sedapnya hidangan Rahel ini...kalau kak nur pasti akan bertambah makan....laju aja tk toleh kiri kanan...haha.

    BalasPadam
  9. as-salam rahel
    npk mmg dah tahu sedapnye..boleh bertambah nasi 3 pinggan ni..

    BalasPadam
  10. amie..
    saja Rahel tayang tengah mlm..biar korang tengok awal2 ekekeke..


    betul kata kamu Puan Ros..
    memang bertambah jer nasi kat pinggan klu kena hidang ngan lauk ikan kering..sedap kan..


    Sugar 'n' spice..
    betul2..kena masak nasi lebihh..senang nak bertambah..


    Sama la kita Sally Rashid..suka gulai ikan masin..sedap n menyelerakan..


    wsalam Kak CT..hehe..kena pandai2lah kite masak ikut selera kan..biarpun simple tapi sentiasa licin mengkilat pinggan..


    wsalam Liza.
    iyo la ...enak banget..


    Nurul..Rahel pun suka mkn ikan kering/masin..tak kira masak ape..mesti sedap kan..


    Betul la Kak Ucu Faridah...
    biarlah simple tapi sedap..


    wsalam Nuridah..
    ehehe..bahaya tu klu tak toleh..nanti kejung tengkuk..hihi..


    wsalam Ady..
    memang ramai yg gemar mkn ikan kering kan..maknanya memang sedap banget..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum rahel..
    sedapnya pulak tengok masak ikan kering camtu ye.. alahai, dah la nani ni peminat ikan kering tau.. meleleh tengok ni, sambil telan air liur..

    BalasPadam
  12. wahhh sedapnya gulai dia. makan ngan nasi putih ni. fuhhh memang bertambah2 la lauk gini. ada lak ulam2 ngan sambal belacan. waaaahh.... best!!!

    BalasPadam
  13. Aduhai! sedapnya Rahel...kak cek memang suka gulai ikan masin ni...sedapnya mkn ngan nasi putih panas2...:)

    BalasPadam
  14. aslmkum rahel.. bru smpt nk BW .. hari ni akk msk ikan kering lemak.. tunggu menu rahel hr ni..

    BalasPadam
  15. sedapnye ikan kering masak lemak..:)

    BalasPadam
  16. Salam Rahel
    Nyaman betul resipi yang di pamerkan ni. Macam boleh terasa di mulut...nyummm...
    Satu hari nanti nak juga cuba resipi ni. Thks for sharing.

    BalasPadam
  17. Wsalam Jassnani...anda dijemput ukt telan2 liur jer..hihi..


    Iyo la Kak Izah ...sedap giler lauk cam ni kan..my fav sangat2 ni..


    Rahel tau Kak Cek suka makan gulai ikan kering..bab tu la Rahel masak..hehe..


    wsalam dZana..takpe ..Rahel faham..line memang slalu tak menentu...


    thanks Noorsha...ramai gak yg minat ikan kering ni ek..ingatkan Rahel jer..


    wsalam Nurwin Heny..
    thanks dah singgah kat sini..harap tak jemu singgah slalu..silahkan dicuba ikan kering masak lemak cili..mantops..

    BalasPadam
  18. jalan2 petang ... wahh sedapnya bila ternampak ikan kering masak lemak ni .. tapi yg versi kat rumah buat lain sikit .. boleh la nak cuba yang ni .. kalo nak guna ikan kering yg lain2 blh tak ...

    BalasPadam