Salam manis kepada semua sahabat yang sudi singgah ke dapur Rahel,harap semuanya sihat dan ceria selalu.Semua dah siap masak hidangan tengah hari? Rahel hari ni masak yang simple-simple sahaja,tapi pic masakan belum letak,yang ni pic masakan ikan merah terbakar yang tertunda lagi,baru nak tayang..
Oklah kawan-kawan,resepi kali ni memang sangat mudah disediakan & tak perlu guna barah api utk membakar ikan...bakar dalam ketuhar pun sodap...jom layan dulu ikan merah terbakar ni...
Ikan Merah Terbakar
Sumber:Rahel
Bahan:
800g ikan merah (2 ekor),dibersihkan
Bahan Perapan:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan minyak masak
Cara:
1.Lumur ikan dengan bahan perap.
2.Bakar dalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 190'C.
3.Siap dihidang bersama sambal tomato.
Sambal Tomato
Bahan:
3 buah tomato besar,dipotong dadu kecil-kecil
7 tangkai cili padi,ditumbuk halus bersama sedikit garam
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil minyak masak
2 buah limau kasturi,ambil jusnya.
Cara:
1.Satukan semua bahan sambal,gaul rata.Hidang bersama ikan bakar.
nyummm2..tgk ikan merah rahel ni terus lapar nasi...laa, belum mkn lunch patut la lapar..eh.eh.eh
BalasPadamkita tukar 1/2 ekor ikan yok...Kak Amie kukus ikan bolu, Rahel ada ikan merah bakar...nampaknya tengahari ini kita sediakan menu yang menyihatkan ye Rahel....
BalasPadampuas makan ikan merah..sedap nih...besorr2
BalasPadamRahel, tu diaaa rajin masak...jgn dapur terbakar dah, ikan terbakar xpa...leh makan...hehhe
BalasPadamSalam Kak..wahhh simple tapi amat menarikkk...kopipes resipi dulu...
BalasPadamwaa Kak Ida..lapar lagi? kena pegi makan la tu..
BalasPadamKak Amie
lama tak masak ikan bolu..sedap n lemak sangat ikan bolu tu..klu berjiran apa salahnya jika tukar2 lauk...memang tergolong menu sihatlah ni..
Chikadakbiru
emm cam slalu bedal ikan merah nampaknya,,hehe
Hehehe Kak Ummi...taaakutnye klu dapur terbakar..lariiii jauh2...
Wsalam Sue @ Nenie
yang simple la yg menarik...ada tarikan..hehe..silahkan dikopipes...
laparnyaa..dah lama xbakar ikan..tgk ikan ni dh terliur..bln ni asyik mkn daging jer..aduss..cnfem koles bertambah dgn jayanya..hihii..nk cari ikan jgk lepas ni :=)
BalasPadamYana..
BalasPadamklu byk mkn daging...daging kat badan pun bertambah banyak gak..hehehe..
Drooling!
BalasPadam