Khamis, 13 Oktober 2011

Sambal Tumis Tempe

Selamat petang semua..dah siap buat kuih untuk minum petang? hehehe.Hari ni terlewat pulak masukkan laporan,sebok sikit..o ya,resepi kali ini biasa-biasa aja,masak yang senang dan ringkas je gitu,lauk tempe ja..Rahel suka makan sayur tempe ni,boleh jugak dipelbagaikan ikut kesesuaian tekak memasing,makan ngan sayur kacang  bendi rebus je,emm selera betul.



Sambal Tumis Tempe
Resepi:Rahel


Bahan:
200g tempe,potong dadu dan goreng hingga perang
7 biji bawang merah,hiris*
3 biji bawang putih,dihiris*
3 biji lada merah,buang biji*
13 biji cili padi*
1 1/2 sudu makan serbuk cili*
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Blender bahan bertanda dengan sedikit air sehingga hancur.

2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan blend sehingga wangi.Masukkan jus limau,kacau sebentar,kemudian perasakan dengan garam dan gula.Masukkan tempe goreng tadi dan digaul hingga sebati dengan sambal.Siap.



Terima kasih sudi membaca.

8 ulasan:

  1. Rahel msk pe hari ni...waaaa.fav kak cek ni...leh join makan sekali ek...cedapnya sambal tempe...:D

    BalasPadam
  2. Kak Chek
    Hari ni masak sambal tempe je..ambillah separuh..sedap ni.

    BalasPadam
  3. yana xnak separuh..nak semuanyaa..suka sgt tempe..hihii
    * kat belakang tu nmpk mcm nasi kaler2 jee :=)

    BalasPadam
  4. wahhh ni tempe memang favorite neh .. masuk pasar je mesti cari tempe hihi ... suka betul dengan tempe ...:)

    BalasPadam
  5. rahel... saya suke sambal tempe...
    mintak izin amik resepi steamed sweet potato tu ye. enak jugak rasanya..boleh tahan

    BalasPadam
  6. assalamualaikum.. datang sini sbb nampak izahdaut wat steamed sweet potato tadi.. so terus klik link.. sampai la rumah rahel plak...
    hai.. slmat berkenalan.. cewaahhh.. gaya orang baru bertemu.. :P

    BalasPadam
  7. fav e-na juga!!!dah abis??? adeiiii tertinggal flight tu yg lambat sampai...

    BalasPadam
  8. Yana-
    tak boleh ambik semua..kesian tukang masak nanti takde lauk nak mkn ngan nasi kaler2 ni.


    Wani-
    best kan lauk tempe...bole dipelbagaikan..


    Izahdaut-
    sama la kita,suka ngann sambal tempe.Silahkan diambil resepi "sweet potato tu" sebar2kanlah ye.


    JaSSNaNi-
    w.salam..selamat datang ke dapur Rahel dan selamat berkenalan..terima kasih sudi datang sini.


    E-na Lovely Kitchen-
    len kali jangan ikut flight,naik basikal je..hehe.

    BalasPadam