Ahad, 16 Oktober 2011

Sambal Tumis Ikan Kembung

Selamat petang semuaa,dah petang kan? hehehe,sudah menjadi kebiasaan kalau lepas masak mesti posing berabis depan kamera,tapi lauk2 je yang kena posing,tukang masak tak payah posing dulu..udah puas tengok muka dlm cermin..hihihi..masak apa hari ni? masak ikan kembung n rebus kcg buncis dan ada jugak sambal belacan yang tak ketinggalan...jom tengok...



Ok..udah siap masak nasi..jadi sekarang nak masak sambal ikan kembung,bahan-bahannya pun senang nak dapat,masaknya pun sekejap sahaja.pendek kata boleh jimat masa dan tenaga..hihihi..suka yang yang mcm ni..

Sambal Tumis Ikan Kembung
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan kembung,bersihkan & potong2
1/2 sudu makan asam jawa
1 1/4 sudu kecil garam halus
1 keping asam keping
minyak untuk menggoreng

Bahan Sambal dikisar halus:
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 biji lada merah
21 cili padi
2 sudu makan serbuk cili
3 sudu kecil belacan

Perasa:
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Lumur ikan dengan garam dan asam jawa.Perap 15 minit.
2.Goreng ikan sehingga garing.Angkat dan toskan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan kisar,asam keping
   hingga garing.
4.Perasakan.Kacau rata.Masukkan ikan goreng,gaul rata sekejap baru
   angkat dan sedia dihidang.

18 ulasan:

  1. order sini sikit boleh bah...hehhehe

    BalasPadam
  2. Assalam rahel. sedap ikan kalo msk bersambal gini, gaul2 kat nasi merah je, kalo anak2 akk cukup suka janji merah bersambal, tak pedas tak apa heheh

    BalasPadam
  3. W.salam Embun Rosaliza..
    Memang betul la,klu yang besambal begini sedap digaul ngan nasi..bak mai gulai siput tu..boleh kita tukar2 menu..hehe.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...
    Awat sambal tu nampak sayup2 je. Pembuka selera gitu

    BalasPadam
  5. Wah da potong xnmpk cm ikn kmbong

    BalasPadam
  6. As'salam Rahel

    nampak berselera sekali sambal ikan kembung tu. Kalau bagi pada k.ct sure memang tak cukup dalam pinggan tu asik dok meratah jer nanti..hehehe.

    BalasPadam
  7. Assalam Rahel...amboiii sedapnya lauk...ni kalau dpt nih...mau 2 3 pinggan licin nasi...hehe

    BalasPadam
  8. Rahel...masak apa hari ni...ikan kembong sambal...sedap...sedap ni...:D

    BalasPadam
  9. ini kalau makan dengan nasi kuning pon sedap kan kak??

    BalasPadam
  10. Kak Zam

    W.salam.apanya yang sayup?..memang membuka selera ni...


    Iffah Afeefah
    Iye ke?...masi gak ikan kembung..hehe.


    Kak CT
    W.salam..Ada lagi sambal ikan kembung ni,makan sikit je tadi,kontrol makan bab takut body naik besar..hihihi..


    Kak Ummi
    W.salam..sesekali kena sambal cam ni memang berabih la u...huhuhu..silap2 2 3 pinggan tu bertambah lagiiii.


    Kak Cek
    simple je menu Rahel hari ni,menu orang kampong,sambal kembung je ni..hehe.


    Nuwairani
    Memang betullah tu...sedap dimakan bersama nasi kuning,,akak pun biasa buat begitu..

    BalasPadam
  11. kengkadang mkn kering2 gini pun sedap.. janji ada pedas2.. hihi..

    BalasPadam
  12. Betul tu MaDiHaA
    garing n kering2 gini memang sedap je makan ngan nasi putih n sayur rebus.

    BalasPadam
  13. K Rahel...
    sambal camni mmg all-time fav... sedap2x :)

    BalasPadam
  14. Nurul,betullah..tak pandai jemu klu sambal cam ni kan..hehehe..

    BalasPadam
  15. Salam ziarah dan ukhwah,
    Tergoda tengok masakan kat sini......

    BalasPadam
  16. salam singgah

    anak sulung saya culup feberet dengan masak sambal ni ikan ni...nampak sedap betul

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Wattie
    terima kasih sudi singgah di sini..jangan jemu ek..hehe


    Qhaifa Nur
    terima kasih sudi singgah dan jemput Rahel tuk follow...sedap ikan kembung buat sambal..hehehe.

    BalasPadam