Rabu, 12 Oktober 2011

Steamed Chocolate Sponge Cake

Selamat pagi semuaa..apa kabarnya..udah sarapan k? Awal-awal lagi uda bangun siapkan sarapan..buat kek span kukus jugak.Sebetulnya Rahel uda berkali-kali buat kek kukus yang satu ni,tapi tak pernah ambik gambar,kali ni je baru ada share,so korang bolehlah try.

Steamed Chocolate Sponge Cake


Bahan:
4 biji telur
1/4 st garam
120g gula pasir
100g tepung gandum
20g serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
25g marjerin,dicairkan
3 sudu makan air

Cara:
1.Pukul telur,garam dan gula pasir sehingga kembang.(saya pukul selama 15 minit dengan perlahan)Masukkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik sambil di ayak dan dikacau rata
.
2.Masukkan marjerin cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.

3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 20 cm yang disapu marjerin dan dialas dengan kertas kalis minyak/baking paper.

4.Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.


3 ulasan:

  1. Kelas ko rahel..buat kek span tuk bekpes..rajin betul..bak sepotong! mesti sesuai tuk kek besday ni kan

    BalasPadam
  2. WAHHH .. sedapnya kek ... nanti nak jalan2 kat seberang hihi... rahel pergi ambil award kat blog ya .. nanti nak jalan atas carpet merah lak .. ;p

    sila pergi link ni http://galeriduniaku.blogspot.com/2011/10/first-time-dapat-award-hihi.html

    BalasPadam
  3. Hasue
    Ada kelassss...nah ambik sepotong..hehe..


    Wani
    jom jalan2 keseberang..hehe..
    Mekasih banyak2 untuk Award tu ye...

    BalasPadam