Khamis, 9 Jun 2011

Steamed Pandan Cake

Selamat bersiaran kembali...semoga kawan-kawan sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni lepak sekejap  sambil letak entry yang  tertangguh  dan untuk kali ni Rahel buat kek pandan yang terkukus..memang sedap je rasa dia..ditambahkan pula dengan topping...lagila sedap dimakan sambil minum secangkir coklat panas..wallaaaa....




Steamed Pandan Cake
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
250g mentega
220g gula kaster
5 biji telur B
220g tepung naik sendiri,ayak
1 sudu besar susu tepung
1 st pandan pes
1 st pewarna hijau

Bahan untuk krim:
100g krim well
150g gula aising,ayak 2x
1 st jus lemon
*pukul semua bahan sehingga gebu selama 15-20 minit.
*sapukan pada kek yang sudah masak.

Cara:
1.Panaskan pengukus.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.
   Kemudian masukkan pes pandan dan pewarna.
3.Akhir sekali masukkan susu tepung,tepung naik sendiri.Gaul sebati.
4.Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
5.setelah kek masak biarkan sejuk kemudian sapukan dengan krim.

Pesan:
*Rahel letak 1 sudu besar coffee emulco dalam bahan untuk krim topping,
  kemudian ayakkan sedikit serbuk koko pada permukaan kek.


Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan