Khamis, 9 Jun 2011

Ayam Masak Kicap

Selamat pagi kepada semua.Mmm..hari ni nda' tau mo masak apa lagi untuk makan tengah hari,memang kekadang tu kan agak bengong jugak di dapur...asyik pilih2 jak apa yang hendak dimasak.Teringat pulak yang satu ni..memang menu kesukaan jugak ni,walaupun simple jak tapi memang sedap jugak kuahnya yang pekat-pekat tu di renjiskan ke dalam nasi putih...duh!


Ayam Masak Kicap

Bahan:
600g ayam,bersihkan dan potong
1 lembar daun salam
1 inci halia,hiris halus
5 ulas bawang putih,diketuk bersama kulitnya
2 biji kentang,dipotong sesuai selera
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos soya cair
3 sdm sos soya pekat
1/2 st garam
1sdm gula pasir
2 cawan air
*1 1/2 sdk tepung jagung bancuh dg sedikit air

Cara:

1.Tumis halia dengan bawang putih.Masukkan pula semua bahan kecuali kentang.Tumis hingga separa masak.Masukkan kentang dan teruskan masak hingga empuk.

2.Tambahkan bancuhan tepung jagung.Kacau rata.Biarkan masak seketika.Angkat.


Terima kasih sudi singgah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan