Selasa, 21 Jun 2011

Asam Pedas Ikan Bawal

Salam ceria selalu,semoga sentiasa dalam rahmat-NYA...amin.



Asam Pedas Ikan Bawal
Sumber:Rahel


Bahan:
500g ikan bawal,bersihkan
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum
1 batang serai,ketuk
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
800ml air,boleh tambah

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2cm kunyit hidup
2 1/2 sk belacan

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.Tumis bahan kisar
   sehingga garing.
2.Masukkan air asam jawa dan air.Kacau dan biarkan mendidih.
3.Selepas itu perasakan dengan garam secukup rasa.
4.Masukkan kacang bendi,terung panjang,serai,daun kesum.
5.Apabila mendidih,masukkan ikan dan biarkan seketika hingga ikan masak.
   Angkat dan sedia dihidangkan.


Enjoiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan